CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Monday 16 September 2019

Karnival Keusahawanan SKPT 2019

1. PENDAHULUAN
Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap akan mengadakan Hari Keusahawanan peringkat sekolah bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa, pelajar, pihak komuniti setempat dan pihak sekolah. Rasional program ini adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan sebagai persediaan awal dan pengaplikasian mereka terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam topik Perniagaan dan Keusahawanan. Melalui program ini murid-murid yang berkebolehan dan ingin mencuba pengalaman baru dapat mengambil bahagian dalam akitviti-aktiviti yang disediakan malah mereka berpeluang didedahkan dengan aspek-aspek pentadbiran dan pengelolaan sesebuah organisasi. Program ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengamalkan gaya hidup muhibah melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian serta sejajar dengan kehendak yang diuar-uarkan oleh kerajaan dalam menekankan konsep perpaduan dan semangat muhibah di antara kaum
Bagi pihak guru pula, program seperti ini merupakan peluang untuk memindahkan ilmu serta pengetahuan mengenai selok-belok pekerjaan kepada murid. Dalam masa yang sama membolehkan guru untuk membuat penilaian terhadap perkembangan murid semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah dan penilaian pelajar untuk aktiviti kokurikulum. Bagi pihak komuniti pula, program seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak luar seperti ibubapa/penjaga pelajar serta pihak lain dengan pihak sekolah. Dalam masa yang sama memberikan kesedaran kepada mereka bahawa anak-anak mereka yang terlibat dalam program ini secara langsung mempunyai keupayaan dalam bidang perniagaan

2. OBJEKTIF
Pelaksanaan Hari Keusahawanan ini diharapkan memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid untuk : -
2.1 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. 
2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, pelajar, ibubapa/penjaga, pihak luar lain yang berkaitan dengan pihak sekolah. 
2.3 Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar-pelajar dalam bidang keusahawanan.
2.4 Memberikan peluang kepada murid untuk menonjolkan diri untuk tujuan penilaian kurikulum dan kokurikulum.
2.5 Memberikan kesedaran kepada pelajar untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan lebih baik demi kecemerlangan akademik dan sahsiah.
2.6 Mengumpul dana bagi menjayakan program sekolah dan aktiviti kokurikulum sekolah.

3. KUMPULAN SASARAN
Program Hari Keusahawanan ini akan melibatkan :-
- Semua murid dan guru & Staf Sekolah Kebangsaan Padang Terap,
- Para ibu bapa dan waris
- Ahli masyarakat setempat.
- 225 orang Murid & Guru sekolah sekitar Negeri Kedah

4. TARIKH / MASA
Hari Keusahawanan akan ini akan dijalankan pada 10 Oktober 2019 ( Khamis )
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 ptg

5. TEMPAT
Hari Keusahawanan ini akan diadakan di sekitar kawasan Sekolah

6.     PERANCANGAN AKTIVITI
Pertandingan Bola Sepak PASCA UPSR Peringkat Negeri 2019
Cabutan Bertuah
Jualan Gerai Pelbagai Jenis Makananan
Bundle Sale
Pameran Agensi Kerajaan (ATM, PDRM, BOMBA, AADK & KESIHATAN)
Pemeriksaan dan Rawatan Kesihatan
Tayangan Filem
Acara Timbang Bola (Trio)
Fun Ride Amal
Permainan Dart
Acara Lontar Bola Jaring
Acara Memanah
Permintaan Lagu
Sepak Penalti
Giant Bubble
Teka Berat Buah @ Teka Syiling
Pertandingan Mewarna Prasekolah / Tahun 1

7.      CARA URUSNIAGA
a) Urusniaga akan menggunakan sistem KUPON sepenuhnya. Urusan pembayaran atau pengembalian wang baki hendaklah menggunakan kupon khas yang dijual oleh pihak penganjur. 
b) Kaunter kupon akan 09.10.2019 sehingga pada akhir pelaksanaan program.
c) Kupon dijual secara set dengan harga RM5.00 & RM10.00 untuk setiap set. 
d) Kupon hanya dijual secara set dan tidak dijual secara kepingan. 
e) Setiap set kupon RM5.00 akan mengandungi nilai 50sen x 2, RM1 x 2, RM2 x 1
f) Setiap set kupon RM10.00 akan mengandungi nilai 50sen x 2, RM1 x 2, RM2 x 1, RM5 x 1.
f) Setiap pembelian KUPON RM10.00, layak mendapat SATU Kupon CABUTAN BERTUAH
g) Pengunjung boleh mendapatkan seberapa banyak set kupon yang dikehendaki. 
h) Kupon yang telah dibeli tidak boleh ditukarkan kembali kepada wang. 
i) Pembelian berbaki tidak boleh dikembalikan atau ditambah dengan wang tunai. 
j) Urus niaga tunai adalah dilarang sama sekali. 

8.     PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga program dapat ini dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan melahirkan murid yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan. Selain daripada itu, program ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak kepada peningkatan integriti murid dan memberikan pengalaman yang berguna kepada guru-guru di samping mendapat bantuan kewangan daripada pihak luar. Akhir kata, semoga rancangan ini dapat membantu mencapai objektif yang diharapkan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung diucapkan terima kasih yang tidak terhingga.


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP