CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Friday 19 April 2019

Keputusan penuh Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2019


 



Read more...

Pasukan Bola Sepak B12 SKPT mencatat Sejarah Muncul Johan MSSD Padang Terap buat kali pertama dalam Sejarah Bola Sepak SKPT.

Pasukan Bola Sepak B12 SKPT mencatat Sejarah Muncul Johan MSSD Padang Terap buat kali pertama dalam Sejarah Bola Sepak SKPT. Kejohanan Berlangsung pada 16 - 18 April 2019 bertempat di Padang SK Padang Terap.
Pasukan SKPT berjaya menundukkan SK Kurong Hitam dengan jaringan 1-0 selepas tambahan masa setelah terikat 0-0 masa permainan.
Gol tunggal kemenangan dijaringkan oleh Abdul Hakim @ Bidol hasip sepakan percuma yang cantik pada jarak 22m.
 


TAHNIAH & TERIMA KASIH buat Pemain SKPT yang mempamerkan semangat juang yang Cukup Tinggi dalam mencapai sebuah kejayaan yang di idamkan.

TAHNIAH & TERIMA KASIH buat Coach Mohd Fairus & Manager Mohamad Shahir dan juga Cikgu Ahmad Ruslan Abdul Rahim

Sekalung penghargaan dan Terima Kasih tak terhingga buat Guru Besar & Rakan Pentadbir, Rakan Guru & Staf serta murid SKPT, Para Ibu Bapa dan Waris atas doa dan sokongan untuk kejayaan 2019

Terima kasih buat Paksu Norman Hassan Ludin antara pengasas Akademi Bola Sepak SKPT & KN Kiara Football Club. Program pembangunan Akademi Bola Sepak SKPT yang dimulai pada Ogos 2017 membuahkan hasil mencapai sasaran untuk JOHAN MSSD B12 2019 dan Juga Penubuhan Kelab Bolasepak KN KIara (Februari 2018) sebagai sebuah badan sukan yang sah dalam membantu Program pembangunan Bola Sepak B12 di peringkat akar umbi dalam Aspek sumbangan Dana Kewangan, Kejurulatihan & Kemudahan Peralatan.

Terima Kasih buat semua Jurulatih yang banyak membantu melatih pemain SKPT.. Coach Din My Team, Coach Along (Wan Muhd Hafiz), Coach Mohd Zanbri Nizam, Coach Abdul Hakim, Coach Ammar, Coach Eizas

Read more...

Perkhemahan Ketua Patrol Pengakap / Ketua Sekawan Peringkat Daerah Padang Terap 2019.

Perkhemahan Ketua Patrol Pengakap / Ketua Sekawan Peringkat Daerah Padang Terap 2019 telah di adakan pada 4 - 6 April 2019 bertempat di Pusat kokurikulum Daerah Padang Terap.

Read more...

Kursus Kawad Kaki BSMM Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah Tahun 2019


Seramai 4 orang murid Persatuan BSMM SK Padang Terap telah menyertai Kursus Kawad Kaki BSMM Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah Tahun 2019 yang diadakan pada 6 April 2019 (Sabtu) bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum IPGK Sultan Abdul Halim.


Read more...

Pengakap Scouts Day Out & Founders Day Peringkat Negeri Kedah 2019





Read more...

4 Atlit SKPT terpilih ke Kejohanan Olahraga MSSK 2019


Tahniah buat adik Nurfarah Alyaa mendapat pingat Gangsa dalam Acara Lompat Tinggi Kelas 4P &  Nur Najwa Syazliana mendapat Pingat Pingat Perak Acara 4x100M & 4x200M Kelas 3P.

Tahniah buat 4 orang Atlit SKPT yang terpilih mewakili Daerah Padang Terap ke Kejohanan Olahraga MSSK 2019 yang di Stadium Darul Aman pada 13 - 16 Mac 2019.

1. Nurfarah Alyaa - Pingat Gangsa (Lompat Tinggi Kelas 4P)
2. Nur Najwa Syazliana - Pingat Perak (4x100 & 4x200M Kelas 3P)
3. Mohamad Syakir bin Mohd Zaidi (Lompat Jauh & 80 Meter Berpagar)
4. Mohamad Faiz bin Saad (4x100M, 4x200M & 80M Berpagar)


Read more...

Thursday 4 April 2019

Kontijen Olahraga SKPT Muncul Naib Johan Olahraga MSSD 2019

Kontijen Olahraga MSSD telah muncul Naib Johan Keseluruhan di Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2019. Kejohanan tahun ini di adakan pada 18 - 21 Februari 2019 bertempat di SMK Padang Terap. Kontijen Olahraga SKPT berjaya menggondol 5 Pingat Emas, 1 Perak & 3 Gangsa.
Tahniah buat Kontijen Olahraga SKPT 2019 atas kejayaan ini. Tahniah buat Semua Pengurus Jurulatih dan Altlit SKPT, Guru-guru SKPT Serta Pihak Waris yang sentiasa memberi sokongan atas kejayaan SKPT.

 



Read more...

Bola Jaring MSSD Padang Terap2019

Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap telah diadakan pada 14 & 15 Februari 2019 (Khamis & Jumaat) lalu. Pasukan SKPT berjaya muncul Johan kumpulan D tetapi terkandas di peringkat Suku Akhir.

Keputusan Kumpulan D
SKPT 4 - 4 SK Perik
SKPT 5 - 2 SK Pedu
SKPT 5 - 0 SK Nami

Suku Akhir
SKPT vs SK Naka

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP