CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Saturday 30 September 2017

SKPT Johan Bola Sepak & Bola Jaring di Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017


SK Padang Terap muncul Johan Keseluruhan Karnival Sukan Tahun 6 setelah muncul Johan Bola Sepak & Bola Jaring di Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017. Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Karnival Tahun 6 ini buat julung kali diadakan pada peringkat daerah, yang diadakan pada 27 & 29 September 2017 bertempat di SK Padang Terap. Kejohanan sulong ini disertai oleh 10 buah sekolah dalam Daerah Padang Terap.

Pasukan Bola Sepak SKPT berjaya menundukan SK Naka pada perlawanan akhir dengan jaringan 1-0. Manakala Pasukan Bola Jaring berjaya menewaskan SK Tualak dengan jaringan 6-5 pada perlawanan akhir.

Tahniah dan terima kasih kepada para jurulatih dan semua yang terlibat dalam Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017.





KEPUTUSAN BOLA SEPAK

Kumpulan A
SKPT 1 - 0 SKTARP
SKPT 7 - 0 SK KBG PALAS
SKPT 1- 0 SKKB 
SKPT Muncul Johan Kumpulan A (9 Mata)

Separuh Akhir
SKPT 1 - 0 SK K.NERANG

Akhir 
SKPT 1- 0 SK NAKA

KEPUTUSAN BOLA JARING

Kumpulan A
SKPT 6 - 1 SKKN
SKPT 5 - 1 SKKTARP
SKPT 7 - 0 SK NAMI 
SKPT Muncul Johan Kumpulan A (9 Mata)

Separuh Akhir
SKPT 5 - 2 SK NAKA

Akhir 
SKPT 6 - 5 SK TUALAK



Read more...

Tuesday 26 September 2017

Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017

Karnival Sukan Tahun 6 Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Ppd Padang Terap 2017
Tarikh : 27 & 28 Sept 2017 (Rabu & Khamis)
Masa : 8.00 pg - 4.00 ptg
Tempat : SK Padang Terap

Pertandingan ini merupakan aktiviti riadah yang dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing dan semangat bekerjasama disamping itu juga dapat menonjolkan bakat murid serta membina sahsiah mereka. Murid yang cemerlang ialah mereka yang aktif dalam kurikulum dan ko-kurikulum. Sehubungan dengan itu Unit Kokurikulum SKPT & Jawatankuas Tahun 6 SKPT dengan kerjasama PPD Padang Terap telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017.

Syarat :_
- Pertandingan ini hanya melibatkan murid Tahun 6 sahaja @ umur 12 Tahun shj dan Guru2 tahun 6.
- Pendaftaran : RM50 untuk 1 pasukan Bola Sepak & RM50 untuk Bola Jaring.
- Bilangan Pemain
  Bola Sepak = 9 Sebelah + 6 Simpanan
  B. Jaring = 7 Sebelah + 5 Simpanan
- Tempoh masa permainan
  B.Sepak = 12 + 2+ 12 minit
  B.Jaring = 7 + 2 + 7 minit

Jadual Perlawanan :-


Read more...

Pasukan Bola Sepak SKPT (KN Kiara) berjaya mendpatkan tempat ketiga Kejohan Bola Sepak B10


Pasukan KN KIARA (SK Padang Terap) telah berjaya mendapat tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak  BAwah 10 Piala YDP PIBG SK Sultan Ahmad Tajuddin. Kejohanan berlansung di SK Sultan Ahmad Tajudin, Jitra Kedah pada SAbtu 23 September 2017 lalu.

Kejohanan ini adalah Kejohanan Sulong yang disertai oleh Pasukan B10 SKPT dan merupakan pendedahan pertama kepada pemain untuk bermain di luar, dan alhamdulillah PAsukan KN KIARA berjaya menewaskan beberapa pasukan dan Kelab handalan B10 yang jauh lebih berpengalaman, termasuk pasukan-pasukan Akademi Tunas (AT) dari Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Tahniah kepada pemain dan barisan jurulatih, serta terima kasih kepada Paksu Norman & KN Kiara atas sumbangan yang diberikan serta terima kasih juga buat para guru dan waris yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang baik.
 


KEPUTUSAN PERLAWANAN

Peringkat Kumpulan D
KN KIARA 1 - 1 Fighters B (AT Kangar)
KN KIARA 1 - 0 SKD Wan Kemara
KN KIARA 2 - 1 Kenari Kids Jitra B
* Muncul Johan Kumpulan D (7 Mata)

Pusingan Ke-2
KN KIARA 1 - 0 Kancil FC (B)

Suku Akhir
KN KIARA 0 - 0 Akademi Tunas Kinta Jr (A)
Menang Penalti 3 - 1

Separuh Akhir
KN KIARA 0 - 1 Junior Mutiara FC

Senarai Pasukan yang bertanding pada kejohanan ini -:
1. Akmal Rizal Jr A 
2. Akmal Rizal Jr B 
3. NJFC A 
4. NJFC B  
5. Kancil FC A 
6. Kancil FC B 
7. Kota Setar Junior A 
8. Kota Setar Junior B 
9. Akademi Tunas Kinta Utara A 
10. Akademi Tunas Kinta Utara B 
11. The Fighters A (AT Perlis)
12. The Fighters B  (AT Perlis)
13. Kenari Kids Jitra A 
14. Kenari Kids Jitra B 
15. SK Felda Teloi Timur 
16. Puteri Jaya Kids Soccer 
17. Iskandar FC 
18. Iskandar Muda 
19. KN KIARA
20. SK Dato Wan Kemara
21. Junior Mutiara FC
22. Kangar Alpha
23. Kangar Beta
24. Kola Kid FC
25. SK Jitra 3 
26. Bergema FC
27. TLJ FC





Read more...

Tuesday 12 September 2017

Bersaranya seorang Jurulatih yang sangat komited : Puan Sharipah

Majlis Sanjungan Budi & Lambaian Kasih Persaraan Puan Sharipah bt Awang Teh telah diadakan pada Khamis 7 September 2017. Puan Sharipah berkhidmat di SK Padang Terap selama 21 tahun, mulai 2 Mei 1996 hingga 10 September 2017. 

Puan Sharipah adalah seorang guru prasekolah yang sangat komited dalam tugas serta sangat peramah dan sentiasa disenangi oleh rakan-rakan setugas. Beliau juga sangat aktif dalam kokurikulum, dimana beliau juga adalah salah seorang jurulatih bagi pasukan bola jaring sekolah dan pasukan bola baling.

Selamat bersara buat Cikgu Sharipah.. Unit Kokurikulum SKPT sangat menghargai segala jasa dan sumbangan Kak Pah khususnya dalam bidang kokurikulum. Segala Jasa dan pengorbananmu tetap disanjungi.





 


Read more...

Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2017


Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2017 di adakan pada hari Khamis, 24 Ogos 2017 lalu.




Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP