CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Sunday 13 May 2018

Panduan Mendaftar Ahli Badan Beruniform, Kelab Persatuan & Permainan dalam Sistem PAJSK

Pendaftaran PAJSK dibuka sehingga 31 MEI 2018. Kegagalan mendaftar PAJSK ini akan menyebabkan anak-anak murid tidak boleh diisi markah untuk bulan Ogos nanti. Harap semua guru pembimbing Badang Beruniform, Kelab Persatuan & Sukan Permainan dapat bertindak dengan segera bagi menyelesaikan proses pendaftaran ini. Masa masih ada 16 hari untuk Pendaftaran, harap semua tidak menunggu ke saat-sat akhir untuk pengisian Pendaftaran PAJSK.

Senarai nama Ahli Badan Beruniform / Kelab Persatuan & Sukan Permainan boleh rujuk Buku Pelaporan Aktiviti Kokurikulum masing-masing.

Manakala bagi pengisian SEGAK masih dibuka sehingga 30 JUN 2018.

LANGKAH 1 ;
Buka laman web PAJSK. Sila klik ke https://pajsk.moe.gov.my

Masukan ID Kod Sekolah dan Kata Laluan 
(KBA7009 / KBA700)

 LANGKAH 2 ;
Klik pada DAFTAR AKTIVITI


 LANGKAH 3 ;
Sila pilih Tahun (Tahun 4, 5 & 6) & Pilih Kelas (Setia, Kasih & Patuh)

  LANGKAH 4 ;
Pilih murid dan klik pada Badan Beruniform @ Kelab Persatuan @ Sukan Permainan

 LANGKAH 5 ;
Pilih Badan Beruniform @ Kelab Persatuan @ Sukan Permainan masing-masing dan klik simpan

Sila Ulang Langkah 4 untuk murid seterusnya

Selamat Mendaftar PAJSK dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. 
Sekian, Terima Kasih

Read more...

Thursday 10 May 2018

Pasukan Lompat Tali Kelab Doktor Muda berjaya ke Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri Kedah.

Pasukan Lompat Tali Kelab Doktor Muda berjaya ke Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri Kedah pada hari Isnin 7 April 2018 lalu. Tahniah buat pasukan Lompat Tali Kelab Doktor Muda SKPT.

Read more...

Pasukan SKPT mendapat tempat ketiga di Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap 2018

Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap 2018 telah diadakan pada 25, 26 & 27 April 2018 bertempat di Padang SK Padang Terap. Pasukan SK Padang Terap berjaya menjuarai Kumpulan C dengan mengumpul 10 mata. Diperingkat Suku Akhir SKPT berjaya menewaskan SK Lubuk Merbau  1-0. Di peringkat Separuh Akhir SKPT tewas kepada SKTARP 1-0.

Tahniah buat Semua Jurulatih dan pemain bola sepak SK Padang Terap atas kejayaan ini. Pasakan SKPT tahun ini berjaya mempamerkan mutu permainan yang amat baik, cuma masih belum ada rezeki untuk ke final. Semoga momentum kecemerlangan ini diteruskan lagi untuk tahun mendatang.
 
 
 

Read more...

Program "Eat Right, Play Right" oleh ONE GOAL & ZURICH

Program "Eat Right, Play Right" oleh ONE GOAL & ZURICH. Program ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pemain berkaitan pemakanan yang sihat bagi membantu tumbesaran dan kesihatan badan seorang pemain bola sepak khususnya. Sesi penyampain sumbangan program ini diadakan pada 24 APRIL 2018 lalu

Seramai 57 pemain Akademi Bola Sepak terlibat dalam program ini.

ONE GOAL & ZURICH juga memberi sumbangan 20 biji bola, 2 set bibs, 2 set kon, 55 helai tshirt utk player, 2 set first aid. Juga memberi latihan kejurulatihan bola sepak percuma kepada 2 orang jurulatih SKPT.
 
 
 
 

Read more...

Pasukan Bola Jaring SKPT mendapat tempat Ketiga di Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap 2018

Pasukan Bola Jaring SKPT mendapat tempat Ketiga di Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap 2018. Kejohanan tahun ini di adakan pada 26 & 27 April 2018 bertempat di SMK Pedu. Pasukan SKPT berjaya menjuarai Kumpulan C dengan mengumpul 12 mata.

Pasukan SKPT berjaya menundukan Pasukan SKTARP diperingkat Suku Akhir dan tewas kepada SK Datin Fatimah di separuh Akhir. Tahniah buat semua guru dan murid yang terlibat dalam membentuk pasukan bola jaring yang mantaop 2018.
 
 

Read more...

SKPT muncul Naib Johan Story Telling Sekolah Rendah Peringkat Daerah Padang Terap 2018

SKPT muncul Naib Johan Story Telling Sekolah Rendah Peringkat Daerah Padang Terap 2018

Read more...

Pasukan SK Padang Terap muncul Johan Kejohanan Bola Sepak Piala Pergerakan Pemuda UMNO Padang Terap 2018

Pasukan SK Padang Terap muncul Johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Piala Pergerakan Pemuda UMNO Padang Terap 2018 setelah menundukan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra di perlawanan akhir pagi tadi. Pasukan SK Padang Terap menang penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas masa permainan tamat.

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Piala Pergerakan Pemuda UMNO Padang Terap ini dikelolakan oleh SRCC Padang Terap & Kelab Bolasepak KN Kiara, dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Kejohanan diadakan pada 19 & 20 April 2018 bertempat di Padang SK Padang Terap.

Keputusan :
JOHAN : SK PADANG TERAP
NAIB JOHAN : SK TUNKU ABDUL RAHMAN PURA
KETIGA : SK KURONG HITAM
KEEMPAT : SK LUBUK MERBAU (B)

 
 
 

Read more...

Pertandingan Bola Sepak Antara Kelas SKPT 2018

Pertandingan Bola Sepak Antara Kelas 1M1S Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2018 telah dijayakan pada 12 & 18 April 2018. Pertandingan dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum SKPT.

Penglibatan Murid : Semua Murid Lelaki Tahun 3, 4, 5 & 6
Masa pertandingan : 3.30 ptg - 7.00 ptg

JOHAN TAHUN 5 : 5 SETIA
JOHAN TAHUN 6 : 6 KASIH

KATEGORI TAHUN 3/4
JOHAN : 4 SETIA
N.JOHAN : 4 KASIH

KATEGORI TAHUN 5/6 (KESELURUHAN)
JOHAN : 6 SETIA
N.JOHAN : 6 KASIH






Read more...

Kem Kembara Pengakap Selatan & Hari Pengasas Pengakap Peringkat Negeri Kedah 2018

Kem Kembara Pengakap Selatan & Hari Pengasas Pengakap Peringkat Negeri Kedah 2018 telah diadakan pada 24 Februari 2018 yang lalu bertempat di SMK Khair Johari, Sg. Petani Kedah. Seramai 19 Orang pengakap dari SK Padang Terap dan 2 orang guru terlibat dalam program tersebut.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP