CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Friday 26 January 2018

Teknik membuat lengkungan trek olahraga sekolah (Teknik Mambang Tanah)

Untuk membuat line trek olahraga kita memerlukan teknik untuk memudahkan kerja kita. Teknik ini sengaja saya namakan sebagai teknik MAMBANG TANAH. Teknik ini juga merupakan salah satu teknik yang sering digunapakai untuk membuat lengkungan trek olahraga di SK Padang Terap. Cikgu Di @ Zuraidi ni seorang guru yang cukup pengalaman dalam hal berkaitan padang, pertukangan dan juga mahir dalam kemahiran Welding. Kadang-kadang Cikgu Di ni membuat garisan lurus tanpa menggunakan sebarang tali, hanya terus menolak jentolak. Tanpa teknik ini Cikgu Zuraidi juga mungkin tak dapat membuat line sepantas dan secantik ini.

Jadi hari ni saya bongkarkan Teknik MAMBANG TANAH ini. Teknik ini sebenarnya ramai guru sukan pernah guna untuk membuat padang. Teknik ini menggunakan DAWAI yang diikat pada jentolak dan ditarik dari pusat bulatan. Penggunaan Dawai lebih praktikal dan lebih tepat berbanding menggunakan tali kerana tali mempunyai sedikit sifat kekenyalan menyebabkan lengkungan trek tidak cantik. Dawai yang bersaiz kecil ini tidak jelas kelihatan dalam rakaman video tersebut, menyebabkan ramai guru agak terkejut & tertanya-tanya. 


Di sini saya kongsikan tip-tip ringkas untuk membuat line padang yang pantas dan jelas dengan menggunakan TEKNIK MAMBANG TANAH ini.

1. Perlu sediakan DAWAI sepanjang 25 - 27 meter (untuk Trek 200M). Dawai jangan terlalu besar.

2. Pacakkan besi pada pusat bulatan dan dawai tersebut di ikat longgar pada besi tersebut dalam ketinggian 4 - 6 inici, agar tidak menyentuh rumput apabila jentolak sedang bergerak.

3. Pastikan Dawai sentiasa tegang semasa Jentolak bergerak agar lengkungan line trek lebih tepat dan menarik.

4. Untuk kelancaran & Kejelasan line padang, di sarankan utk mnggunakan Minyak Hitam BACKHOE @ BULDOZER @ LORI kerana minyaknya lebih HITAM, PEKAT dan MELEKAT, menjadikan kerja lebih mudah dan lancar.

5. Untuk lebih lancar lagi Jentolak perlu sentiasa di servis iaitu dengan membuang rumput2 yang terdapat dalam jentolak.

Semoga tip ringkas ini dapat membantu rakan guru untuk membuat line padang di musim kejohanan olahraga sekolah.

Video di Youtube : -
https://www.youtube.com/watch?v=iMkb-hnUQvw&feature=youtu.be

Sekian, terima kasih

Mohamed Faisal bin Haji Abdullah
Sekolah Kebangsaan Padang Terap
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
www.skptkedah.blogspot.my  www.skptkoku.blogspot.my

Read more...

Sunday 21 January 2018

Panduan Pengisian Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK)

PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum) menjadi sebutan hangat di bidang pendidikan. Beberapa isu-isu timbul terutama melibatkan murid tahun 6 disekolah rendah yang ingin menyambung pembelajaran di SBP (Sekolah berasrama penuh). Menjadi isu dimana ada murid yang mendapat pencapaian 6A tidak mendapat tawaran di SBP tetapi ada murid pencapaian 2A dalam UPSR diterima ke SBP. Ianya menjadi persolan utama, apakah aspek-aspek pemilihan untuk ke SBP? Salah satu aspek yang diperkatan melalui sembang-sembang guru adalah Markah PAJSK. Aspek kefahaman dikalangan guru tentang pengisian PAJSK ini amat kurang dan pihak berwajib perlu turun ke sekolah untuk memberi taklimat dan kefahaman tentang PAJSK kepada guru-guru sekolah terutamanya guru-guru yang terlibat dalam pengisian PAJSK.
PAJSK adalah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum. Pentaksiran ini melibatkan pelaporan dan aktiviti atau penglibatan murid. Segak & BMI contohnya hanya melibatkan guru melaksanakan ujian di sekolah. Manakala kokurikulum dibahagikan kepada sukan permainanan, kelab persatuan, dan badan uniform. Kokurikulum pula lebih kepada aktiviti kokurikulum murid pada waktu kokurikulum di sekolah.

Ekstra kurikulum pula sedikit berbeza, ianya seperti sahsiah murid dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan atau kerja sukarela. Mari kita lihat gambar dibawah untuk lebih memahaminya.

Komponen PAJSK yang paling utama dapat dibahagikan kepada 3 komponen. Secara asasnya PAJSK ini terbahagi kepada komponen SEGAK & BMI, Kokurikulum dan terakhir sekali ialah Ekstra Kurikulum.

3 Komponen PAJSK KPM
1) SEGAK dan BMI (Body Mass Index)
2) KOKURIKULUM
   - Sukan/Permainan
   - Kelab/Persatuan
   - Badan Beruniform
3) EKSTRA KURIKULUM


1) SEGAK dan BMI (Body Mass Index)
Ujian SEGAK dijalankan 2 kali setahun, kali pertama sekitar bulan Mac & kali kedua sekitar bulan Ogos (bergantung kepada surat arahan). Perlaksanaa SEGAK di bawah Penolong Kanan Kurikulum dan dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan jasmani tahap 2 sekolah rendah.
Pengisian Markah ujian segak dalam Sistem PAJSK adalah tangungjawab Guru Pendidikan Jasmani, mengikut kelas-kelas yang diajar.
Borang SEGAK

2) KOKURIKULUM (Sukan Permainan / Kelab persatuan / Badan Beruniform)
Dalam Komponen Kokurikulum terdapat 6 Elemen yang memberi markah sebanyak 110 markah.
a) Jawatan (10 Markah)
b) Penglibatan (20 Markah)
c) Pencapaian (20 Markah)
d) Komitmen (10 Markah)
e) Khidmat Sumbangan (10 Markah)
f) Kehadiran (40 markah)

A) Jawatan (10 markah)
Tempoh memegang jawatan yang layak diberi markah sekurang-kurangnya selama 9 bulan. Jawatan ini yang disandang oleh murid dalam kokurikulum dalam Sukan Permainan dan Kelab Persatuan. manakala bagi Badang Beruniform bergantung kepada nama jawatan @ pangkat Badan Beruniform masing-masing.

B) Penglibatan (20 markah)
Aspek penglibatan ini juga menjadi persolan dikalangan guru-guru, di mana penglibatan murid ini dikira berdasarkan atas nama Sukan permainan / kelab persatuan sahaja atau berdasarkan apa-apa jenis sukan dan aktiviti koku yang diceburi oleh murid tersebut?. Menurut taklimat yang diberikan oleh pihak PPD/JPN, murid layak diberi markah dalam apa jua jenis sukan / aktiviti koku yang diceburi semasa di sekolah. 
Contoh 1 (Sukan Permainan) : Ahmad adalah  ahli Kelab Badminton dan tidak pernak mewakili sekolah dalam Permainan Badminton, tetapi Ahmad mewakili sekolah dan daerah dalam permainan Bola Sepak. Penglibatan Ahmad dalam Bola Sepak ini perlu diisi dalam PAJSK aspek Sukan Permainan meskipun ahmad adalah Ahli Kelab Badminton.
Contoh 2 (Kelab Persatuan) : Fatimah adalah Ahli Persatuan Bahasa Melayu dan tidak pernah mewakili sekolah dalam program Bahasa Melayu di mana-mana peringkat, tetapi Fatimah telah mewakili Sekolah & Daerah dalam pertandingan nasyid di peringkat daerah dan Negeri. Penglibatan Fatimah dalam pertandingan nasyid ini perlu diisi dalam PAJSK aspek Kelab Persatuan meskipun FAtimah adalah Ahli Kelab Bahasa Melayu. 

c) Pencapaian (20 markah)
Pencapaian yang ditaksir hanyalah pada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Walaubagaimanapun tempat Keempat dan Kelima diberikan dalam acara individu diperingkat sekolah.
Seperti aspek Penglibatan, aspek pencapaian juga perlu diisi meskipun pencapaian murid tersebut tiada kaitan dengan keahlian Sukan Permainan / kelab persatuan yang diceburinya

d) Komitmen (10 markah)
Komitmen murid semasa perlaksanaan aktiviti kokurikulum perlu dinilai. Guru perlu mengisi maksima 4 elemen komitmen bagi setiap murid.
e) Khidmat Sumbangan (10 markah)
Menurut pengalaman sendiri mengisi PAJSK selama 2 tahun, berdasarkan skor elemen tersebut semua murid didaftarkan menyertai program / pertandingan / karnival / kursus / kursus layak untuk mendapat skor 10 markah.
Contohnya : Semua murid yang terlibat dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah @ Program Sukan Negara peringkat sekolah @ kursus kepimpinan, maka murid ini layak diberi skor 10 markah.

f) Kehadiran (40 Markah)
Elemen Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum menyumbang skor markah tertinggi 40. Sekirannya kehadiran murid tersebut sebanyak 12 kali dari 14 perjumpaan koku, maka murid tersebut layak untuk mendapat skor markah penuh iaitu 40 markah.

3) ESKTRA KOKURIKULUM (10 markah)
Dalam elemen Ekstra Kokurikulum 4 aspek diambil kira iaitu Perkhidmatan, Anugerah Khas, Khidmat Masyarakat dan Program Nilam yang menyumbang 10 markah kepada murid. 
Perkhidmatan sebagi Ketua Murid dan sebagainya serta Anugerah khas seperti Anugerah sukan dan kokurikulum seperti Olahragawan sekolah dan lain-lain anugerah layak untuk diberi markah.


Borang Rumusan Badan Beruniform

 Borang Rumusan Kelab Persatuan
Borang Rumusan Sukan Permainan

Penerangan berkaitan PAJSK di atas adalah berdasarkan taklimat oleh Pihak PPD dan pengalaman sendiri memantau & mengisi sendiri dalam Sistem PAJSK, serta rujukan daripada internet. Sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan berkaitan penerangan di atas saya mohon maaf.

Sekian

MOHAMED FAISAL BIN HAJI ABDULLAH
Sekolah Kebangsaan Padang Terap
Kedah Darul Aman
www.skptkoku.blogspot.my

Read more...

Pasukan Bola SKPT muncul Naib Juara Liga Bola Sepak B12 "KN Kiara Cup 2018"

Pasukan SKPT muncul Naib Juara Liga Kejohanan Bola Sepak B12 "KN Kiara Cup 2018" yang berlansung di Padang SKPT pada hari sabtu, 20 Januari 2018. Pasukan SKPT berjaya mengumpul 14 mata hasil dari 4 kemenangan, 2 seri & 1 kekalahan.

Keputusan perlawanan :-
SKPT (A) 6 - 0 SK Tualak
SKPT (A) 0 - 3 SK K.Hitam
SKPT (A) 1 - 1 SKTARP
SKPT (A) 6 - 0 SKPT (B)
SKPT (A) 5 - 0 SK P.Awang
SKPT (A) 3 - 1 SK P.Sena
 



Read more...

Friday 19 January 2018

Kejohanan Merentas Desa SK Padang Terap 2018


Kejohanan Merentas Desa SK Padang Terap tahun 2018 telah diadakan pada hari khamis 18 Januari 2018. Semua murid Tahun 3, 4, 5 & 6 terlibat dalam kejohanan ini. Tahniah dan terima kasih buat semua guru yang memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan kejohanan ini seterusnya bersama-sama membantu memartabatkan kecemerlangan sukan SKPT. Tahniah kepada rumah Kuning kerana telah muncul sebagai Johan Keseluruhan Merentas Desa 2018.
Pemenang Kategori Keseluruhan Lelaki
Pemenang Kategori Keseluruhan Perempuan 


Read more...

Perlaksanaan Aktiviti Kokurikulum : Sukan Permainan 1M1S

Perlaksanaan Aktiviti Kokurikulum iaitu Sukan Permainan 1M1S dijalankan setiap hari rabu pada jam 5.00 - 6.00 petang.
Kelab Bola Jaring
Kelab Balapan & Padang
Kelab Bola Sepak
Kelab Sepak Takraw
Kelab Bola Baling
Kelab Badminton
Kelab Permainan Dalaman

Read more...

Tuesday 16 January 2018

KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 "KN KIARA CUP 2018"


1. PENDAHULUAN.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Akademi Bola Sepak SK Padang Terap. Kejohanan ini merupakan aktiviti riadah yang dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing dan semangat bekerjasama disamping itu juga dapat menonjolkan bakat murid serta membina sahsiah mereka. Murid yang cemerlang ialah mereka yang aktif dalam kurikulum dan ko-kurikulum. Sehubungan dengan itu Akademi Bola Sepak SKPT telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan satu Program Pembangunan Bola Sepak iaitu “KN KIARA FRIENDSHIP CUP 2018” (SIRI 1).
Pertandingan ini juga merupakan satu pertandingan bagi mengenalpasti dan mengcungkil bakat bola sepak untuk diketengahkan sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap seterusnya bagi membentuk pasukan bola sepak daerah Padang Terap yang mantap pada tahun 2018 & 2019.

2. MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan khususnya Sukan Bola Sepak. Di samping itu  program ini dapat mencungkil bakat–bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya. Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan Daerah Padang Terap mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Negeri dan Kebangsaan.

3. OBJEKTIF 
3.1 Memberi peluang kepada pelajar bawah 12 tahun untuk mewakili sekolah seterusnya melibatkan diri dalam sukan.
3.2 Membentuk semangat kerjasama dan hubungan baik diantara sesama murid guru.
3.3 Mencungkil dan mengilap bakat murid dalam permainan bola sepak
3.4 Membentuk semangat bekerjasama dan perpaduan dikalangan murid, guru-guru dan masyarakat setempat.
3.5 Membentuk murid yang berdaya saing yang tinggi
3.6 Melahirkan pelajar yang komited dan bersahsiah
3.7 Mengenalpasti bakat untuk diketengahkan bagi membentuk pasukan elit sekolah dan Pasukan Daerah Padang Terap.

4.   KUMPULAN SASARAN  & PENYERTAAN.
4.1 Murid sekolah rendah berumur 12 tahun ke bawah. 
4.2 Sebanyak 8 buah pasukan dari Sekolah di dalam naungan PPD Padang Terap.
4.3 Yuran Pendaftaran untuk 1 pasukan adalah RM50.00

5.   TARIKH PERLAKSANAAN & TEMPOH
5.1 Tarikh yang dirancang adalah 1 hari iaitu pada 20 Januari 2018 (Sabtu), Masa :  8.30 pg – 5.00 ptg
     
6.   TEMPAT   
6.1 Tempat : Padang SK Padang Terap

7.   FORMAT PERTANDINGAN
7.1 Pertandingan melibatkan murid sekolah bawah 12 tahun dari sekolah di dalam daerah Padang Terap
7.2 Pertandingan akan dijalankan secara liga 8 pasukan dalam 1 kumpulan. Pasukan yang mengumpul jumlah kutipan mata terbanyak akan dikira Johan.
7.3 Setiap Pasukan mesti didaftarkan atas nama sekolah dan semua pemain mesti dari sekolah yang sama.
7.4 Bilangan pemain beraksi ialah 9 orang dan 5 orang simpanan serta 3 Orang Pegawai Pasukan.

8.   SENARAI PASUKAN BERTANDINGAN
a) SK Padang Terap A
b) SK Padang Terap B
c) SK Kurong Hitam
d) SK Tunku Abdul Rahman Putra
e) SK Pedu
f) SK Tualak
g) SK Panglima Awang
h) SK Pokok Sena

9.   HADIAH
JOHAN = Piala Pusingan + Medal + Sijil Penyertaan
NAIB JOHAN = Medal + Sijil Penyertaan
Semua pasukan yang bertanding akan diberi Sijil Penyertaan.

Untuk muat turun surat jemputan kejohanan sila klik ke

Read more...

Thursday 11 January 2018

Ukuran Padang dan Kemudahan Padang SKPT


Ukuran padang Bola Sepak SKPT

Ukuran Padang permainan bagi Umur Bawah 12 Tahun standard MSSM :-
1   Panjang Padang                 - 73.15 - 82.30 meter
2   Lebar Padang                     - 54.86 - 64.01 meter
3   Kawasan Gol                      - 14.63 x 4.57 meter
4   Kawasan Penalti                - 32.92 x 13.72 meter
5   Jarak Sepakan Penalti       - 9.14 meter
6   Jejari Bulatan Tengah        - 7.32 meter
7   Tinggi Gol                           - 7 kaki (2.13 meter)
8   Lebar Gol                           - 7 ela (6.40 meter)
9   Garis pusat Tiang Gol        - 4 inci
10 Lebar Garisan                    - 4 inci

Kemudahan padang yang luas membolehkan dua Padang bola sepak diwujudkan yang bersaiz 73 Meter panjang dan 52 Meter lebar, serta dua gelanggang bola baling dan 1 gelanggang bola jaring.

Read more...

Wednesday 10 January 2018

Perancangan Strategik Kokurikulum 2018 - 2021


Read more...

Monday 8 January 2018

Mesyuarat Kokurikulum kali pertama tahun 2018

Mesyuarat HEM dan Kokurikulum kali pertama 2018 telah diadakan pada 27 Disember 2018 (Rabu) lalu. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Kokurikulum 1/2018. Semoga kerjasama, kesungguhan & keikhlasan para guru dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam sukan dan kokurikulum SKPT 2018 ini.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP