CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Wednesday 11 September 2019

Pertandingan Bola Sepak PASCA UPSR Peringkat Negeri Kedah sempena Karnival Keusahawanan SKPT 2019

1. PENDAHULUAN.
Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap akan mengadakan Karnival  Keusahawanan peringkat sekolah bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa, pelajar, pihak komuniti setempat dan pihak sekolah. Melalui program ini murid-murid yang berkebolehan dan ingin mencuba pengalaman baru dapat mengambil bahagian dalam akitviti-aktiviti yang disediakan malah mereka berpeluang didedahkan dengan aspek-aspek pentadbiran dan pengelolaan sesebuah organisasi.

Sehubungan itu pihak sekolah SK padang Terap dan KN Kiara FC menganjurkan Pertandingan Bola Sepak PASCA UPSR 2019 antara Sekolah Peringkat Negeri Kedah 2019. Pertandingan merupakan salah satu  aktiviti pada Karnival Keusahawanan tersebut, di mana aktiviti bola sepak seperti ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing dan semangat bekerjasama disamping itu juga dapat menonjolkan bakat murid serta membina sahsiah mereka. 

Pertandingan ini juga bertujuan memberi peluang murid tahun 6  yang merupakan lepasan UPSR 2019 untuk bergiat aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Murid yang cemerlang ialah mereka yang aktif dalam kurikulum dan ko-kurikulum. 


2. OBJEKTIF
2.1 Memberi peluang kepada Murid tahun 6 (lepasan UPSR) tahun untuk mewakili sekolah seterusnya melibatkan diri dalam sukan.
2.2 Membentuk semangat kerjasama dan hubungan baik diantara sesama murid guru.
2.3 Untuk melahirkan murid yang berdaya saing & bersahsiah tinggi sebagai persedian ke alam sekolah menengah padan tahun hadapan.
2.4 memupuk minat murid bagi menceburi dalam bidang sukan dan kokurikulum di sekolah.
2.5 Melahirkan pelajar yang komited dan bersahsiah

3.   KUMPULAN SASARAN  & PENYERTAAN.
3.1 Murid tahun 6 lepasan UPSR 2019
3.2 Sasaran sebanyak 16 buah pasukan dalam Negeri Kedah.
3.3 Yuran Pendaftaran untuk 1 sekolah adalah RM180.00
Setiap penyertaan akan diberi KUPON RM60.00 dan CABUTAN BERTUAH

4.   TARIKH PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 10 Oktober 2019 (Khamis)
4.2  Masa :  8.00 pg – 5.00 ptg

5.   TEMPAT
5.1 Tempat : Padang  SK Padang Terap

6.   FORMAT SYARAT PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan melibatkan murid TAHUN 6 (BERUMUR 12 TAHUN) yeng telah menduduki peperiksaan UPSR 2019. Pertandingan dibuka kepada sekolah sekolah rendah dalam negeri kedah sahaja. Setiap Pemain dalam pasukan mesti WAJIB dari Sekolah yang sama.
6.2 Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan yang terdiri dari 4 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 4 buah pasukan. Pasukan yang mengumpul jumlah kutipan mata terbanyak akan dikira Johan & Johan Kumpulan.
6.3 Johan & Naib Johan kumpulan akan layak ke Suku Akhir.
6.3 Setiap Pasukan mesti didaftarkan atas nama sekolah dan semua pemain mesti berumur 12 tahun (Murid Tahun 6 lepasan UPSR 2019), dan setiap pemain mesti dari SEKOLAH yang sama sahaja.
6.4 Bilangan pemain beraksi ialah 7 orang dan 5 orang simpanan serta 3 Orang Pegawai Pasukan.
6.5 Masa bagi semua perlawanan adalah 15 minit secara terus
6.6 Hadiah kejohanan adalah seperti berikut :-
JOHAN : Piala Iringan, Piala Pusingan, Wang Tunai RM250, Medal &  Sijil Pencapaian
NAIB JOHAN : Wang Tunai RM150, Medal & Sijil Pencapaian
KETIGA & KEEMPAT : Medal + Sijil Pencapaian
PENYERTAAN : Sijil Penyertaan

MUAT TURUN

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP