CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Saturday 24 February 2018

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-42 tahun 2018

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-42 tahun 2018 telah diadakan pada 22 Februari 2018 (Khamis). Kejohanan kali ini dirasmikan oleh NYDP PIBG En. Azmi bin Hassan.
Rumah Merah berjaya muncul Johan Keseluruhan bagi edisi 2018 dengan mengumpul 12 pingat emas, 11 perak dan 5 gangsa. 
Keputusan Keseluruhan :-
Johan Keseluruhan : Rumah Merah
Naib Johan Keseluruhan : Rumah Kuning
Johan Merentas Desa : Rumah Kuning
Johan Sukantara : Rumah Merah
Johan Perbarisan : Rumah Hijau
Naib Johan Perbarisan : Rumah Biru
Olahragawan : Mohamad Shahir bin Tajudin (Merah)
Olahragawati : Siti Nur Balqis (Kuning)
Olahragawan Harapan : Mohd Arif bin Mohd Shukri (Merah)
Olahragawti Harapan : Qaseh Damia Mohd Shukri (Merah)
Untuk melihat koleksi gambar Kejohanan Balapan & Padang 2018 sili klik ke 

Read more...

Monday 19 February 2018

Aturcara dan Susunan Acara Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-42 Tahun 2018 (22 Februari 2018)




Read more...

Acara Padang (Akhir) Balapan dan Padang SKPT Kali Ke-42 Tahun 2018




Read more...

Program Ziarah Kasih YB Dato' Seri Mahzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia, bersama Bikers Guru 1Malaysia di SK Padang Terap pada 18 Februari 2018

Program Ziarah Kasih YB Dato' Seri Mahzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia, bersama Biker Guru 1Malaysia di SK Padang Terap pada 18 Februari 2018. YB Dato' Seri yang juga adalah Ahli Parlimen Padang terap telah menyampaikan sumbangan kepada 50 orang murid-murid miskin & anak-anak yatim dari SK Padang Terap. Turut menerima sumbangan adalah 50 orang pesara guru dan kakitangan serta guru yang sakit di dalam Daerah Padang Terap. Sumbangan kepada Pesara guru & kakitangan ini disampaikan oleh setiap wakil biker dari seluruh negeri sambil disaksikan oleh YB Menteri Pendidikan.

Kira-kira 200 orang Biker Guru 1Malaysia yang menyertai Konvoi ke utara Malaysia - Thailand terlibat dalam Program Ziarah Kasih di SK Padang Terap.

Tahniah dan terima kasih kepada YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid serta pihak penganjur Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Bikers Guru 1Malaysia, Pejabat Parlimen Padang Terap dan PPD Padang Terap kerana sudi bertandang ke SK Padang Terap bagi mengadakan Program Ziarah Kasih bersama Murid & Guru SK Padang Terap dan Warga Pendidik dalam Daerah Padang Terap serta seluruh Masyaratkat di kawasan Padang Terap.

Terima kasih juga buat seluruh warga SK Padang Terap yang sudi melapangkan masa di waktu cuti sekolah bagi bersama-sama menjayakan program Ziarah Kasih YB Dato' Seri Menteri Pendidikan bersama Bikers 1 malaysia ini.

Untuk melihat koleksi gambar Program Kasih ini sila klik ke


Read more...

Acara Sukan Tara Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke 42 Tahun 2018

Acara Sukan Tara Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke 42 Tahun 2018 di adakan pada 12 Februari 2018 yang melibatkan 3 acara iaitu Acara 100 Meter, Lompat Jauh dan Lontar Peluru. Semua Murid Tahun 3 hingga Tahun 6 terlibat dalam acara Sukan Tara ini.

Read more...

Hisyamrul Nizam mendapat tempat ke-9 (Lelaki B12) merentas Desa MSSD Padang Terap 2018

Hisyamrul Nizam Harun mendapat tempat ke-9 bagi kategori Lelaki B12 merentas Desa MSSD Padang Terap 2018. Kejohanan kali ini diadakan pada hari sabtu, 27 Januari 2018 bertempat di SK kampong Belukar.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP