CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Tuesday 5 December 2017

Rumusan Penyertaan dan Pencapaian Sukan & Kokurikulum SKPT 2017

Tahun 2017 adalah antara tahun yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan & kokurikulum. Pelbagai program telah berjaya dilaksanakan dan dikelolakan oleh unit Kokurikulum SKPT. Penyertaan Sekolah Kebangsaan Padang Terap di peringkat MSSD Padang Terap juga banyak pencapaian yang memberangsangkan berbanding tahun 2016.

Antara program yang berjaya dilaksanakan dan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKPT sepanjang tahun 2017 adalah :-
1. Mewujudkan Wall Of Champion & Majlis Pelancaran Wall Of Champion oleh Ikon Sukan SKPT Roslinda Samsu (Atlit Lompat Bergalah Kebangsaan) - 2 Mac 2017.
2. Mewujudkan Akademi Bola Sepak SKPT hasil kerjasama dengan JKKK Kg Padang Nyior serta sumbangan KN Kiara Enterprise - 30 Julai 2017
3. Pelancaran Akademi Bola Sepak SKPT oleh YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim (ADUN Kuala Nerang, Exco Kerajaan Negeri Kedah) - 20 Ogos 2017
4. Menganjurkan & mengelolakan Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring, Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap - 27 & 28 September 2017.
5. Menganjurkan & mengelolakan Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2017. Anjura bersama Pejabat Parlimen Padang Terap & Akademi B12 Padang Terap. - 26 November 2017.
6. Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah kali ke-41 2017 pada 23 Februari 2017
7. Majlis Anugerah Kecemerlangan SKPT 2017, dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohd Zohdi bin Haji Saad, Datuk Bandar Alor Setar. Y.Bhg Datuk juga menyumbangkan Wang Tunai RM5,000.00 dan meluluskan sumbangan menyediakan Gelang Serbaguna Terbuka untuk aktiviti sukan sekolah.
8. Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKPT 2017. - 14 - 16 November 2017

Pelancaran Wall Of Champion oleh Roslinda Samsu

Pelancaran Akademi Bola Sepak SKPT oleh YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim


Bergambar bersama Y.Bhg Datuk Haji Mohd. Zohdi Haji Saad selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan SKPT 2017.



Pada tahun 2017, Sekolah Kebangsaan Padang Terap banyak penyertaan dalam kejohanan peringkat MSSD Padang Terap dan berjaya memperolehi pencapaian yang agak baik berbanding pencapaian 2016. Antaranya adalah :-
1. Kontijen Olahraga berjaya mengutip 1 pingat Emas & 2 Pingat Perak di Kejohanan Balapan & Padang MSSD Paang Terap 2017 pada 6 - 8 Mac 2017 sertempat di Stadium Darul Aman.
2. Amer Nazif berjaya Muncul JOHAN Tenpin Boling di Kejohanan Tenpin Boling MSSD Padang Terap 2017 Kategori Individu Lelaki, pada 26 April 2017 bertempat di Aman Bowl Aman Central.
3. Pasukan Bola Sepak Tahun 6 muncul JOHAN Pertandingan Bola Sepak Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 27 & 28 September 2017 bertempat di SK Padang Terap.
4. Pasukan Bola Jaring Tahun 6 muncul JOHAN Pertandingan Bola Jaring Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 27 & 28 September 2017 bertempat di SK Padang Terap.
5. Pasukan Ping Pong (Lelaki) berjaya mendapat Tempat Kedua Berpasukan & Ketiga Individu (L) di Kejohanan Ping Pong MSSD Padang Terap 2017 pada 6 & 7 Februari 2017 bertempat di SMK Pedu.
5. Pasukan Bola Sepak B10 (KN Kiara Junior) telah berjaya mendapat tempat ketiga di Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala YDP PIBG Sultan Ahmad Tajudin 2017 pada 23 September 2017.


 Kontijen Olahraga SKPT 2017 berjaya rangkul 1 Pingat Emas & 2 Pingat Perak.

Amer Nazif Johan Tenpin Boling Individu

 Pasukan Bola Sepak Tahun 6 muncul Johan Bola Sepak Tahun 6 2017

 Pasukan Bola Sepak Tahun 6 muncul Johan Bola Sepak Tahun 6 2017


Pasukan Bola Sepak B10 (KN Kiara Jr) mendapat tempat ketiga Bola Sepak Terbuka Zon Utara.

6 Orang Murid & 2 orang guru pengakap mendapat Anugerah Rambu Pengakap 2017.

Unit Kokurikum SKPT dan Pihak Sekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam aktiviti Sukan & Kokurikulum SK Padang Terap 2017. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mengharumkan nama SK Padang Terap. Semoga Berkat Komitmen Semua Guru dan kerjasama PIBG, Para Waris, JKKK Kg Padang Nyior, Jurulatih Akademi Bola Sepak dan semua pihak, diharap SK Padang Terap menjadi lebih cemerlang dalam sukan & kokurikulum dan menjadi sebuah sekolah yang digeruni oleh pihak lawan pada tahun mendatang.

Harapan saya Selaku Penolong Kanan Kokurikulum, semoga SK Padang Terap menjadi sebuah Sekolah yang CEMERLANG dalam Bidang Akademik dan Bidang Sukan di masa akan datang.

SKPT Boleh!!

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP