CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Monday 6 November 2017

Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk memartabatkan pendidikan bahasa Melayu di bawah Dasar MBM. Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang dapat menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin. 

Matlamat utama Makmal Bahasa Melayu iaitu melonjakkan pemerolehan dan kompetensi bahasa Melayu pada semua peringkat pendidikan. Matlamat ini telah diperincikan melalui sembilan strategi yang terdapat dalam Pelan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu. 

Salah satu strategi tersebut adalah Bahasa Melayu Dalam Kokurikulum. Secara ringkasnya Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) ini adalah kesinambungan dasar MBM untuk memartabatkan Bahasa Melayu melalui aktiviti kokurikulum disekolah.

Rasional Pelaksanaan Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) Untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Memastikan setiap murid boleh menguasai kemahiran mendengar dan bertutur  dalam bahasa Melayu setelah tamat persekolahan.

*Memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
*Merapatkan jurang  kemahiran mendengar  dan bertutur dalam Bahasa Melayu antara murid di Sekolah Kebangsaan dan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan.
*Membolehkan murid menguasai mata pelajaran  Bahasa Melayu dengan baik dan mampu berkomunikasi dengan berkesan serta bertatasusila.
*Melahirkan murid yang berilmu dan dapat mengaplikasi kemahiran berbahasa secara bertatasusila dalam kehidupan.


PIKeBM ini adalah salah satu kesinambungan MBM dalam memertabatkan Bahasa Melayu melalui Aktiviti dalam Kokurikulum di sekolah. Program ini wajib disisipkan dalam setiap kali perlaksanaan aktiviti kokurikulum mulai tahun 2018.

Aspek Kemahhiran Berbahasa yang diterapkan.

Perlaksanaan PIKeBM akan dilaksanakan semasa aktiviti kokurikulum di sekolah iaitu dalam semua Pasukan Badan Beruniform, Sukan Permainan dan Kelab dan Persatuan. Ianya dilaksanakan secara sisipan wajib dalam setiap aktiviti kokurikulum selama 10 minit sahaja. Boleh dijalankan di permulaan aktiviti kokurikulum, pertengahan aktyiviti ataupun di akhir aktiviti kokurikulum. Perlaksanaan Program PIKeBm ini berdasarkan Kit PIKeBM yang disediakan

Secara ringkas dan ikhlasnya Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) ini adalah penambahan aktiviti dan laporan kepada guru-guru setiap kali aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP