CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Monday 6 November 2017

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun (9 Sebelah) Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017


1. PENDAHULUAN.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Akademi Bola Sepak SK Padang Terap, Pejabat Parlimen Padang terap dan Akademi Bola Sepak B12 Pdg Terap, dengan Kerjasama dan Sokongan YB Dato’ Seri Haji Mahdzir bin Khalid. (Menteri Pendidikan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen padang Terap) 
Kejohanan ini merupakan aktiviti riadah yang dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing dan semangat bekerjasama disamping itu juga dapat menonjolkan bakat murid serta membina sahsiah mereka. Murid yang cemerlang ialah mereka yang aktif dalam kurikulum dan ko-kurikulum. Sehubungan dengan itu Akademi Bola Sepak SKPT telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan satu Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Bawah 10 Tahun terbuka Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.

Pertandingan ini juga merupakan satu pertandingan bagi mengenalpasti dan mengcungkil bakat bola sepak untuk diketengahkan sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap pada tahun depan seterusnya bagi membentuk pasukan bola sepak daerah Padang Terap yang mantap pada tahun 2017.

2. MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan khususnya Sukan Bola Sepak. Di samping itu  program ini dapat mencungkil bakat–bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya. 

3. OBJEKTIF 
3.1 Memberi peluang kepada pelajar bawah 10 tahun untuk mewakili sekolah dan Kelab Bola Sepak seterusnya melibatkan diri dalam sukan.
3.2 Membentuk semangat kerjasama dan hubungan baik diantara sesama murid guru.
3.3 Mencungkil dan mengilap bakat murid dalam permainan bola sepak
3.4 Membentuk semangat bekerjasama dan perpaduan dikalangan murid, guru-guru dan masyarakat setempat.
3.5 Membentuk murid yang berdaya saing yang tinggi
3.6 Melahirkan pelajar yang komited dan bersahsiah

4.   KUMPULAN SASARAN  & PENYERTAAN.
4.1 Murid lelaki sekolah rendah berumur 10 tahun ke bawah. 
4.2 Sebanyak 32 buah pasukan bola sepak dari seluruh Malaysia bakal menyertai kejohanan ini serta Jemputan bawah 10 dari Thailand.
4.3 Yuran Pendaftaran untuk 1 pasukan adalah RM250.00

5.   TARIKH PERLAKSANAAN & TEMPAT
5.1 Tarikh : 26 November 2017 (Ahad)
         Masa :  8.30 pg – 6.45 ptg

5.2 Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah :-
  Masa : 6.20 ptg
  Tempat : Dewan Perdana SKPT
  Penyampain Hadiah oleh : YB Dato’ Seri Haji Mahdzir bin Khalid, 
  Menteri Pendidikan Malaysia
5.3  Tempat : Padang SK Padang Terap

6.  MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & PENUTUP
6.1 Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen padang Terap.  Maslid Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah  akan berlangsung di Dewan Perdana SK Padang Terap.

7.   FORMAT KEJOHANAN
7.1 Pertandingan melibatkan murid sekolah bawah 10 tahun dari 32 buah pasukan seluruh Malaysia.
7.2 Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan, sebanyak 8 Kumpulan. Johan & Naib Johan setiap kumpulan layak peringkat pusingan ke-2, Suku akhir dan seterusnya separuh akhir & peringkat akhir. 
7.3 Bilangan pemain beraksi ialah 9 orang dan 3 orang simpanan serta 2 Orang Pegawai Pasukan.
7.4 Masa bagi semua perlawanan adalah seperti berikut:
Separuh masa pertama : 7 minit
Masa berehat : 1 minit
Separuh masa kedua : 7 minit
7.6 Pemberian mata ialah :-
Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata
8. HADIAH
8.7 Lapan pasukan yang layak ke peringkat Suku Akhir akan menerima hadiah berikut : 
a) JOHAN : Piala Menteri Pendidikan, Medal, Wang Tunai RM2500  dan Sijil penyertaan.
b) NAIB JOHAN : Medal dan wang tunai RM1000  dan Sijil penyertaan.
c) KETIGA & KEEMPAT :  Medal dan wang tunai RM500 dan Sijil penyertaan.
d) SAGUHATI (Ke-5 – ke 8) : Medal dan Sijil penyertaan.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP