CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Friday 26 January 2018

Teknik membuat lengkungan trek olahraga sekolah (Teknik Mambang Tanah)

Untuk membuat line trek olahraga kita memerlukan teknik untuk memudahkan kerja kita. Teknik ini sengaja saya namakan sebagai teknik MAMBANG TANAH. Teknik ini juga merupakan salah satu teknik yang sering digunapakai untuk membuat lengkungan trek olahraga di SK Padang Terap. Cikgu Di @ Zuraidi ni seorang guru yang cukup pengalaman dalam hal berkaitan padang, pertukangan dan juga mahir dalam kemahiran Welding. Kadang-kadang Cikgu Di ni membuat garisan lurus tanpa menggunakan sebarang tali, hanya terus menolak jentolak. Tanpa teknik ini Cikgu Zuraidi juga mungkin tak dapat membuat line sepantas dan secantik ini.

Jadi hari ni saya bongkarkan Teknik MAMBANG TANAH ini. Teknik ini sebenarnya ramai guru sukan pernah guna untuk membuat padang. Teknik ini menggunakan DAWAI yang diikat pada jentolak dan ditarik dari pusat bulatan. Penggunaan Dawai lebih praktikal dan lebih tepat berbanding menggunakan tali kerana tali mempunyai sedikit sifat kekenyalan menyebabkan lengkungan trek tidak cantik. Dawai yang bersaiz kecil ini tidak jelas kelihatan dalam rakaman video tersebut, menyebabkan ramai guru agak terkejut & tertanya-tanya. 


Di sini saya kongsikan tip-tip ringkas untuk membuat line padang yang pantas dan jelas dengan menggunakan TEKNIK MAMBANG TANAH ini.

1. Perlu sediakan DAWAI sepanjang 25 - 27 meter (untuk Trek 200M). Dawai jangan terlalu besar.

2. Pacakkan besi pada pusat bulatan dan dawai tersebut di ikat longgar pada besi tersebut dalam ketinggian 4 - 6 inici, agar tidak menyentuh rumput apabila jentolak sedang bergerak.

3. Pastikan Dawai sentiasa tegang semasa Jentolak bergerak agar lengkungan line trek lebih tepat dan menarik.

4. Untuk kelancaran & Kejelasan line padang, di sarankan utk mnggunakan Minyak Hitam BACKHOE @ BULDOZER @ LORI kerana minyaknya lebih HITAM, PEKAT dan MELEKAT, menjadikan kerja lebih mudah dan lancar.

5. Untuk lebih lancar lagi Jentolak perlu sentiasa di servis iaitu dengan membuang rumput2 yang terdapat dalam jentolak.

Semoga tip ringkas ini dapat membantu rakan guru untuk membuat line padang di musim kejohanan olahraga sekolah.

Video di Youtube : -
https://www.youtube.com/watch?v=iMkb-hnUQvw&feature=youtu.be

Sekian, terima kasih

Mohamed Faisal bin Haji Abdullah
Sekolah Kebangsaan Padang Terap
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
www.skptkedah.blogspot.my  www.skptkoku.blogspot.my

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP