CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Sunday 9 October 2016

Pertaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebagaian daripada proses pengajaran dan pebelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor

RASIONAL
Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketiksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui pendekatan ini, penggunaan borang dan cara pentaksiran yang standard membolehkan unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

OBJEKTIF
* Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
* Merupakan satu daripada empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
* Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.
* Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.

KAEDAH PENILAIAN
Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum dilakukan pada setiap tahun mulai Tahun Empat (4) hingga Tahun Enam (6) bagi tempoh persekolahan di Sekolah rendah. Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Gred Purata Semasa (Grade Point Average) dan Gred Purata Terkumpul (Cumulative Grade Point Average). sepanjang tempoh perskolahan.Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

Laman Web Pertaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP