CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Saturday 1 October 2016

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-40 Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-40 Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016 telah diadakan pada 29 September 2016 (Khamis). Kejohanan bermula agak lambat iaitu pada pkul 10 pagi kerana hujan agak lebat seawal pagi khamis tersebut. Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-40 SKPT 2016 ini disempurnakan oleh En. Anwar (YDP PIBG).


Rumah Merah muncul Johan Keseluruhan, manakala Rumah Kuning muncul naib johan keseluruhan.

Bagi acara perbarisan rumah sukan, Rumah Biru muncul Johan manakala rumah Merah muncul naib johan perbarisan 

Muhamad Azfar bin Abdul Kadir dari Tahun 5 Setia dinobatkan sebagai Olahragawan tahun ini, Manakala Olahragawati disandang oleh Nur Shuhada binti Mohd Zaidi. Bagi Olahrawagan Harapan dimenangi oleh Muhammad Danish Ikhwan bin Abdullah, manakala bagi olahragaati harapan dimanangi oleh Nur Dhuha bt Mohd. Zaidin.









Bagi Acara Padang iaitu Acara Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru telah diadakan lebih awal iaitu pada hari Isnin 26 September 2016, manakala acara Sukaneka Prasekolah & Acara Tahun 1 & 2 telah diadakan pada 27 September 2016 (Selasa).

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP