CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Friday, 19 April 2019

Perkhemahan Ketua Patrol Pengakap / Ketua Sekawan Peringkat Daerah Padang Terap 2019.

Perkhemahan Ketua Patrol Pengakap / Ketua Sekawan Peringkat Daerah Padang Terap 2019 telah di adakan pada 4 - 6 April 2019 bertempat di Pusat kokurikulum Daerah Padang Terap.

Read more...

Kursus Kawad Kaki BSMM Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah Tahun 2019


Seramai 4 orang murid Persatuan BSMM SK Padang Terap telah menyertai Kursus Kawad Kaki BSMM Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah Tahun 2019 yang diadakan pada 6 April 2019 (Sabtu) bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum IPGK Sultan Abdul Halim.


Read more...

Pengakap Scouts Day Out & Founders Day Peringkat Negeri Kedah 2019





Read more...

4 Atlit SKPT terpilih ke Kejohanan Olahraga MSSK 2019


Tahniah buat adik Nurfarah Alyaa mendapat pingat Gangsa dalam Acara Lompat Tinggi Kelas 4P &  Nur Najwa Syazliana mendapat Pingat Pingat Perak Acara 4x100M & 4x200M Kelas 3P.

Tahniah buat 4 orang Atlit SKPT yang terpilih mewakili Daerah Padang Terap ke Kejohanan Olahraga MSSK 2019 yang di Stadium Darul Aman pada 13 - 16 Mac 2019.

1. Nurfarah Alyaa - Pingat Gangsa (Lompat Tinggi Kelas 4P)
2. Nur Najwa Syazliana - Pingat Perak (4x100 & 4x200M Kelas 3P)
3. Mohamad Syakir bin Mohd Zaidi (Lompat Jauh & 80 Meter Berpagar)
4. Mohamad Faiz bin Saad (4x100M, 4x200M & 80M Berpagar)


Read more...

Thursday, 4 April 2019

Kontijen Olahraga SKPT Muncul Naib Johan Olahraga MSSD 2019

Kontijen Olahraga MSSD telah muncul Naib Johan Keseluruhan di Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2019. Kejohanan tahun ini di adakan pada 18 - 21 Februari 2019 bertempat di SMK Padang Terap. Kontijen Olahraga SKPT berjaya menggondol 5 Pingat Emas, 1 Perak & 3 Gangsa.
Tahniah buat Kontijen Olahraga SKPT 2019 atas kejayaan ini. Tahniah buat Semua Pengurus Jurulatih dan Altlit SKPT, Guru-guru SKPT Serta Pihak Waris yang sentiasa memberi sokongan atas kejayaan SKPT.

 



Read more...

Bola Jaring MSSD Padang Terap2019

Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap telah diadakan pada 14 & 15 Februari 2019 (Khamis & Jumaat) lalu. Pasukan SKPT berjaya muncul Johan kumpulan D tetapi terkandas di peringkat Suku Akhir.

Keputusan Kumpulan D
SKPT 4 - 4 SK Perik
SKPT 5 - 2 SK Pedu
SKPT 5 - 0 SK Nami

Suku Akhir
SKPT vs SK Naka

Read more...

Sunday, 3 March 2019

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Antara Sekolah Peringkat Negeri Kedah 2019 (School Based).

NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dinamakan : KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN ANTARA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI KEDAH 2019 (SCHOOL BASED).

PENGURUSAN 
Kejohanan ini dianjurkan oleh SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP DAN KN KIARA FOOTBALL CLUB, dengan kerjasama JPN Kedah, Jurulatih B12 Padang Terap & Sopa Somran FC

TARIKH, MASA & TEMPAT
Kejohanan akan diadakan pada 9 MAC 2019 (SABTU), jam 8.30 pagi hingga 7.00 ptg, bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Terap.

HADIAH-HADIAH
Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
i. JOHAN ‐ Piala Iringan, Tunai RM400, Medal & Sijil 
ii. Naib Johan = Piala Iringan, Tunai RM300, Medal & Sijil
iii. Ketiga =  RM150, Medal & Sijil
iv Keempat = RM100, Medal & Sijil

SYARAT PENYERTAAN 
i. Penyertaan di buka kepada 28 pasukan sekolah di dalam negeri kedah sahaja. Setiap pasukan mesti didaftarkan atas nama Sekolah dan perlu pengesahan pihak sekolah.

ii. Penyertaan terbuka kepada lelaki warganegara Malaysia yang BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH (lahir pada atau selepas tahun 2007) 

iii. Setiap pasukan hendaklah mendaftar seramai 9 orang pemain utama dan 4 pemain simpanan, serta 3 orang pegawai pasukan. 

iv. Penyertaan berkonsepkan “School Based” iaitu setiap pemain dalam pasukan tersebut WAJIB DARI SEKOLAH YANG SAMA sahaja.

YURAN PERTANDINGAN
Setiap pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menyumbangkan yuran pertandingan sebanyak RM 120.00 ( RINGGIT MALAYSIA : SERATUS DUA PULUH RINGGIT SAHAJA ). 
MUATTURUN


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP