CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Sunday 3 March 2019

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Antara Sekolah Peringkat Negeri Kedah 2019 (School Based).

NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dinamakan : KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN ANTARA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI KEDAH 2019 (SCHOOL BASED).

PENGURUSAN 
Kejohanan ini dianjurkan oleh SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP DAN KN KIARA FOOTBALL CLUB, dengan kerjasama JPN Kedah, Jurulatih B12 Padang Terap & Sopa Somran FC

TARIKH, MASA & TEMPAT
Kejohanan akan diadakan pada 9 MAC 2019 (SABTU), jam 8.30 pagi hingga 7.00 ptg, bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Terap.

HADIAH-HADIAH
Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
i. JOHAN ‐ Piala Iringan, Tunai RM400, Medal & Sijil 
ii. Naib Johan = Piala Iringan, Tunai RM300, Medal & Sijil
iii. Ketiga =  RM150, Medal & Sijil
iv Keempat = RM100, Medal & Sijil

SYARAT PENYERTAAN 
i. Penyertaan di buka kepada 28 pasukan sekolah di dalam negeri kedah sahaja. Setiap pasukan mesti didaftarkan atas nama Sekolah dan perlu pengesahan pihak sekolah.

ii. Penyertaan terbuka kepada lelaki warganegara Malaysia yang BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH (lahir pada atau selepas tahun 2007) 

iii. Setiap pasukan hendaklah mendaftar seramai 9 orang pemain utama dan 4 pemain simpanan, serta 3 orang pegawai pasukan. 

iv. Penyertaan berkonsepkan “School Based” iaitu setiap pemain dalam pasukan tersebut WAJIB DARI SEKOLAH YANG SAMA sahaja.

YURAN PERTANDINGAN
Setiap pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menyumbangkan yuran pertandingan sebanyak RM 120.00 ( RINGGIT MALAYSIA : SERATUS DUA PULUH RINGGIT SAHAJA ). 
MUATTURUN


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP