CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Tuesday, 26 July 2016

KEJOHANAN BOLA SEPAK B11 PADANG TERAP 2016 (JEMPUTAN).

Anjuran :-
Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, dengan kerjasama Unit Koku SKPT.

Tarikh :- 30 Julai 2016 (Sabtu)
Masa :- 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat :- Padang SKPT

KUMPULAN A
A1 : SK Padang Terap A
A2 : SK Tandop Besar
A3 : SK Kuala Nerang

KUMPULAN B
B1 : SK Padang Terap B
B2 : SK Naka
B3 : SK Tunku Abd Rahman Putra

HADIAH DITAWARKAN
- Johan : Piala Pusingan + Medals
- Naib Johan : Medals
- Pemain Terbaik
- Penjaring Terbanyak

* Seramai 24 Orang Murid SKPT dari Tahun 3, 4 & 5, terpilih mewakili sekolah.

Read more...

Saturday, 23 July 2016

Pertandingan Catur MSSD Padang Terap 2016 : Nur Aina bt Kharuzaman mendapat tempat ke-5 kategori 12P.

Pertandingan Catur MSSD Padang Terap 2016 telah diadakan pada 23 Julai 2016 (Sabtu), bertempat di SABK Daril Iktisam. SK Padang Terap menghantar wakil 4 orang murid dari tahun 5 untuk menyertai pertandingan pada tahun ini. Nur Aina bt Kharuzaman telah mendapat tempat Kelima bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.

Senarai Murid yang terlibat dalam Pertandingan Catur
Nur Ammar Aiman bin Mohamad Zahir
Muhammad Syahmie Najwan bin Mohd. Najib
Nur Aina bt Kharuzaman
Nur Ain Athasya bt Alias


 Nur Aina bt Kharuzaman telah mendapat tempat Kelima bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.


Read more...

Friday, 22 July 2016

Program Pembangunan Sukan Sekolah : Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring (B11) SKPT 2016

Satu Program Pembangunan Sukan Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah diadakan, iaitu Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Bawah 11. Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan semua murid melibatkan diri dalam sukan seterusnya mengenalpasti dan mencungkil bakat murid untuk diketengahkan bagi membentuk pasukan elit sekolah sebagai persediaaan untuk tahun 2017.

Program diadakan selama 2 hari iaitu pada 20 & 21 Julai 2016 (Rabu & Khamis) pada pkul 3.00 - 6.00 ptg. Program ini melibatkan murid tahun 4 & tahun 5 serta beberapa orang murid tahun 3 yang terpilih. Pertandingan ini disertai oleh 6 buah pasukan Bola Sepak & Bola Jaring, yang dijalankan secara liga kumpulan. 
 Pasukan Argentina muncul johan Pertandingan Bola Sepak (B11) SKPT 2016



Nama Pasukan Bola Sepak
Kumpulan A : Portugal, Brazil & Spain
Kumpulan B : Argentina, Jerman & Perancis

Nama Pasukan Bola Jaring
Kumpulan A : Seroja, Mawar & Sakura
Kumpulan B : Teratai, Raflesia & Orkid

Pasukan Orkid telah muncul Johan Bola Jaring (B11), manakala Pasukan Argentina muncul Johan Bola sepak (B11) setelah menjinakkan pasukan Jerman pada perlawanan akhir dengan keputusan 4-0.

Keputusan Penuh Pertandingan: 

BOLA SEPAK
Johan : Argentina
Naib Johan : Jerman
Tempat Ketiga : Portugal & Sepanyol
Pemain Paling Bernilai : Muhammad Azfar bin Abdul Kadir (5 Setia)
Penjaring Terbanyak : Muhammad Azfar bin Abdul Kadir (5 Setia)
Pengurus Terbaik : Cikgu Wan Zamri

BOLA JARING 
Johan : Pasukan Orkid
Naib Johan : Pasukan Teratai
Tempat Ketiga : Pasukan Mawar & Pasukan Sakura
Pemain Paling Bernilai : Nur Aina Khairuzaman (Tahun 5 Setia)
Penjaring Terbanyak : Ku Nurul Husna bt Ku Abdul Rahman (5 Setia)
Pengurus Terbaik : Ustazah Paudzah



Read more...

Tuesday, 12 July 2016

Gambar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKPT 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016 telah diadakan dengan meriahnya pada hari Selasa, 12 Julai 2016 bersamaan 7 Syawal 1437H. Terima kasih kepada Tuan Guru Pak Teh Mat kerana sudir hadir ke majlis aidilfitri pada tahun ini, serta beberapa Pegawai PPD Padang Terap.

Tahniah dan Terima Kasih kepada semua Guru dan Staf, PIBG, Guru KAFA, Pekerja Swasta dan semua pihak yang terlibat memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakankan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Padang Terap 2016.








Read more...

Sunday, 10 July 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Padang Terap 2016


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK Padang Terap 2016 dijadual pada hari selasa, 12 Julai 2016 bersamaan 7 Syawal 1437H




Read more...

Tuesday, 7 June 2016

Bilik Kostum

Bilik Kostum ini siap dibuat pada April 2016 lalu, yang terletak di sebelah Kelas 1 Setia. Bilik Kostum ini disediakan untuk menyimpan segala Jersi Sekolah, Pakain Persembahan, Tirai dan sebagainya. Semua pakain di gantung dan disusun setempat di bilik kostum untuk memudahkan guru-guru mengambil bagi kegunaan pelbagai aktiviti dan pertandingan.

Untuk melihat stok pakaian dalam bilik kostum sila klik ke BILIK KOSTUM




Read more...

Friday, 27 May 2016

Mesyuarat Ko-kurikulum & HEM kali ke 2/2016

Mesyuarat Ko-kurikulum & HEM kali ke 2/2016
Tarikh : 22.05.2016
Hari : Ahad
Masa : 1.45
Tempat : Bilik Meyuarat Lestari SKPT.





Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP