KEJOHANAN BOLA SEPAK B10 PIALA KPM 2017

Friday, 22 July 2016

Program Pembangunan Sukan Sekolah : Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring (B11) SKPT 2016

Satu Program Pembangunan Sukan Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah diadakan, iaitu Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Bawah 11. Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan semua murid melibatkan diri dalam sukan seterusnya mengenalpasti dan mencungkil bakat murid untuk diketengahkan bagi membentuk pasukan elit sekolah sebagai persediaaan untuk tahun 2017.

Program diadakan selama 2 hari iaitu pada 20 & 21 Julai 2016 (Rabu & Khamis) pada pkul 3.00 - 6.00 ptg. Program ini melibatkan murid tahun 4 & tahun 5 serta beberapa orang murid tahun 3 yang terpilih. Pertandingan ini disertai oleh 6 buah pasukan Bola Sepak & Bola Jaring, yang dijalankan secara liga kumpulan. 
 Pasukan Argentina muncul johan Pertandingan Bola Sepak (B11) SKPT 2016



Nama Pasukan Bola Sepak
Kumpulan A : Portugal, Brazil & Spain
Kumpulan B : Argentina, Jerman & Perancis

Nama Pasukan Bola Jaring
Kumpulan A : Seroja, Mawar & Sakura
Kumpulan B : Teratai, Raflesia & Orkid

Pasukan Orkid telah muncul Johan Bola Jaring (B11), manakala Pasukan Argentina muncul Johan Bola sepak (B11) setelah menjinakkan pasukan Jerman pada perlawanan akhir dengan keputusan 4-0.

Keputusan Penuh Pertandingan: 

BOLA SEPAK
Johan : Argentina
Naib Johan : Jerman
Tempat Ketiga : Portugal & Sepanyol
Pemain Paling Bernilai : Muhammad Azfar bin Abdul Kadir (5 Setia)
Penjaring Terbanyak : Muhammad Azfar bin Abdul Kadir (5 Setia)
Pengurus Terbaik : Cikgu Wan Zamri

BOLA JARING 
Johan : Pasukan Orkid
Naib Johan : Pasukan Teratai
Tempat Ketiga : Pasukan Mawar & Pasukan Sakura
Pemain Paling Bernilai : Nur Aina Khairuzaman (Tahun 5 Setia)
Penjaring Terbanyak : Ku Nurul Husna bt Ku Abdul Rahman (5 Setia)
Pengurus Terbaik : Ustazah Paudzah



0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP