CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Sunday 16 December 2018

Rumusan Penyertaan dan Pencapaian Sukan & Kokurikulum SKPT 2018

Tahun 2018 adalah antara tahun yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan & kokurikulum. Sekolah Kebangsaan Padang Terap banyak menyertai pelbagai aktiviti dalam kejohanan peringkat Daerah Padang Terap dan Kebangsaan, serta berjaya memperolehi pencapaian yang agak baik berbanding pencapaian 2017. Antaranya adalah :-

1. KONTIJEN OLAHRAGA berjaya mendapat tempat KETIGA KESELURUHAN dengan mengutip 3 pingat Emas & 5 Pingat Perak dan 1 gangsa di Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2018 pada 11 – 13 Mac 2018 sertempat di Stadium Darul Aman.

2. PASUKAN BOLA SEPAK B11 SKPT mendapat tempat KETIGA KEBANGSAAN di Kejohanan “MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP” Sekolah-sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018. Kejohan berlansung pada 7, 8 & 9 Oktober 2018 bertempat di SK Mahkota Sari, Gerik Perak.

3. PASUKAN BOLA SEPAK B12 SKPT mendapat tempat KETIGA Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2018 pada 25 – 27 April 2018 bertempat di SK Padang Terap.

4. PASUKAN BOLA SEPAK B10 SKPT mendapat tempat KETIGA Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 tahun MSSD Padang Terap 2018 pada 19 November 2018 bertempat di SK Padang Terap.

5. PASUKAN BOLA JARING B12 SKPT mendapat tempat KETIGA Kejohanan Bola Jaring B12 MSSD Padang Terap 2018 pada 26 & 27 April 2018 bertempat di SMK Pedu.

6. PASUKAN BOLA SEPAK TAHUN 6 muncul NAIB JOHAN Pertandingan Bola Sepak Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 14 Oktober 2018 bertempat di SK Padang Terap.

7. PASUKAN BOLA JARING TAHUN 6 muncul JOHAN Pertandingan Bola Jaring Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 14 Oktober 2018  bertempat di SK Padang Terap.

8. PASUKAN MERENTAS DESA SKPT mendapat tempat ke-9 individu lelaki (Hisyamrul Nizam) di  Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2018 pada 27 Januari 2018 bertempat di SK Kampung Belukar.

9. PASUKAN BOLA BALING B12 (PEREMPUAN) berjaya keperingkat Suku Akhir Kejohanan Bola Baling MSSD Padang Terap 2018, bertempat di Sena Sport Pokok Sena.

10. AQEEDA (6 SETIA) berjaya mendapat tempat Kedua Pertandingan Story Telling Sekolah Rendah Peringkat Daerah Padang Terap 2018.

Antara program yang berjaya dilaksanakan dan dianjurkan sepanjang tahun 2018 adalah :-

1. KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018 pada 18 januari 2018

2. KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2018 PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-42 2018 pada 22 Februari 2018

3. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 10 TAHUN 2018 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP 2018, pada 19 November 2018 (isnin).

4. Menganjurkan PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARA KELAS Peringkat Sekolah 2018, pada 12 & 18 April 2018.

5. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 MSSD PADANG TERAP 2018.
Pada 25 – 27 April 2018. 

6. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 1MURID 1SUKAN, YAYASAN BANK RAKYAT & KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP 2018.
Tarikh : 17 & 18 Ogos 2018

7. Mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 11 1MURID 1SUKAN, YAYASAN BANK RAKYAT & KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2018.
Tarikh : 21 & 22 September 2018, bertempat di SK Padang Terap

8. SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2018 diadakan pada 13 Oktober 2018 (Sabtu)

9. Menganjurkan & mengelolakan KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING, KARNIVAL SUKAN TAHUN 6 PERINGKAT PADANG TERAP 2018 – 14 Oktober 2018.

10. HARI KELUARGA “EAT RIGHT TO PLAY RIGHT” ONE GOAL & ZURICH
KOMUNITI SK PADANG TERAP 2018, pada 27 Oktober 2018 (Sabtu)

11. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPT 2018, dirasmikan oleh Mohamad Zahir bin Zainuddin, YDP PIBG SK Padang Terap. Majlis diadakan pada 13 November 2018

12. MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH, sempena persaraan Guru-Guru SKPT
Tarikh : 14 Mac 2018 - Puan Sofiah bt Abdullah
Tarikh : 31 mei 2018 - Hj Ahmad Ruslan B Abd Rahim & Pn Faridah bt Ismail
Tarikh : 21 November 2018 – Puan Noorain bt Abdullah

13. MALAM SANJUNGAN BUDI,ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN & KOKURIKULUM, ANUGERAH HEM & NILAM 2018. Majlis dirasmikan oleh En Omar bin Eting Penolong PPD HEM. Majlis diadakan pada 21 November 2018 Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa artis dari Persatuan Seniman Malaysia, antaranya Wan Maimunah, Kay Maria, Alina Hassan (Mentor Otai), Mamarina (AF), Zuraini Kasim dll.







0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP