CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Monday 19 February 2018

Program Ziarah Kasih YB Dato' Seri Mahzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia, bersama Bikers Guru 1Malaysia di SK Padang Terap pada 18 Februari 2018

Program Ziarah Kasih YB Dato' Seri Mahzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia, bersama Biker Guru 1Malaysia di SK Padang Terap pada 18 Februari 2018. YB Dato' Seri yang juga adalah Ahli Parlimen Padang terap telah menyampaikan sumbangan kepada 50 orang murid-murid miskin & anak-anak yatim dari SK Padang Terap. Turut menerima sumbangan adalah 50 orang pesara guru dan kakitangan serta guru yang sakit di dalam Daerah Padang Terap. Sumbangan kepada Pesara guru & kakitangan ini disampaikan oleh setiap wakil biker dari seluruh negeri sambil disaksikan oleh YB Menteri Pendidikan.

Kira-kira 200 orang Biker Guru 1Malaysia yang menyertai Konvoi ke utara Malaysia - Thailand terlibat dalam Program Ziarah Kasih di SK Padang Terap.

Tahniah dan terima kasih kepada YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid serta pihak penganjur Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Bikers Guru 1Malaysia, Pejabat Parlimen Padang Terap dan PPD Padang Terap kerana sudi bertandang ke SK Padang Terap bagi mengadakan Program Ziarah Kasih bersama Murid & Guru SK Padang Terap dan Warga Pendidik dalam Daerah Padang Terap serta seluruh Masyaratkat di kawasan Padang Terap.

Terima kasih juga buat seluruh warga SK Padang Terap yang sudi melapangkan masa di waktu cuti sekolah bagi bersama-sama menjayakan program Ziarah Kasih YB Dato' Seri Menteri Pendidikan bersama Bikers 1 malaysia ini.

Untuk melihat koleksi gambar Program Kasih ini sila klik ke


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP