KEJOHANAN BOLA SEPAK B10 PIALA KPM 2017

Tuesday, 12 September 2017

Bersaranya seorang Jurulatih yang sangat komited : Puan Sharipah

Majlis Sanjungan Budi & Lambaian Kasih Persaraan Puan Sharipah bt Awang Teh telah diadakan pada Khamis 7 September 2017. Puan Sharipah berkhidmat di SK Padang Terap selama 21 tahun, mulai 2 Mei 1996 hingga 10 September 2017. 

Puan Sharipah adalah seorang guru prasekolah yang sangat komited dalam tugas serta sangat peramah dan sentiasa disenangi oleh rakan-rakan setugas. Beliau juga sangat aktif dalam kokurikulum, dimana beliau juga adalah salah seorang jurulatih bagi pasukan bola jaring sekolah dan pasukan bola baling.

Selamat bersara buat Cikgu Sharipah.. Unit Kokurikulum SKPT sangat menghargai segala jasa dan sumbangan Kak Pah khususnya dalam bidang kokurikulum. Segala Jasa dan pengorbananmu tetap disanjungi.





 


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP