CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Tuesday 1 August 2017

Penubuhan Akademi Bola Sepak SKPT

Syukur Alhamdulillah, hasil perbincangan dengan Pak Su Norman JKKK Kampung Padang Nyior dengan Pihak SK Padang Terap pada 30 Julai 2017 lalu, kedua pihak bersetuju untuk menubuhkan Akademi Bola Sepak SKPT. 

Program Latihan Akademi Bola Sepak Bawah SKPT ini bermula pada Bulan Ogos 2017. Sesi latihan akan diadakan pada setiap minggu pada hari Jumaat & Sabtu. Masa latihan adalah pada pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Sasaran adalah seramai 25 orang murid terpilih dari murid tahun 2 - tahun 5 2017 SKPT. Pihak JKKK akan menyediakan barisan jurulatih dan menyediakan segala keperluan Akademi Bola Sepak SKPT ini, manakala pihak sekolah menyediakan tempat dan pemilihan pemain berbakat.

Pihak JKKK Kg. Padang Nyior telah bersetuju untuk memberikan peruntukan permulaan sebanyak RM5000 bagi aktiviti dan pengurusan akademi bagi sesi 2017 ini.

Objektif utama Akademi Bola Sepak ini adalah untuk melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan bagi mewakili Sekolah Kebangsaan padang Terap dan seterusnya keperingkat yang lebih seterusnya menjadikan Sekolah Kebangsaan Padang Terap sebuah sekolah yang terbaik dalam Daerah Padang Terap yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti. 

Sehubungan itu Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap dan JKKK Kampung Padang Nyior berkerjasama mencari inisiatif bagi mewujudkan Akademi Bola Sepak SKPT. Diharap semua pihak dapat bersama-sama menjayakan program ini agar program ini dapat dilaksanakan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.



Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan JKKK Kg Padang Nyior khususnya kepada Pak Su Norman dalam usaha mewujudkan Akademi Bola Sepak SKPT ini.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP