CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Friday 13 January 2017

SURAT PEKELILING IKHTISAS

PENGERTIAN SURAT PEKELILING IKHTISAS

Merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.

TUJUAN SPI DIWARTAKAN

1. Merupakan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan.
2. Langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna.
3. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan.
4. Sebagai satu peraturan dan perlindungan.

SASARAN SPI

1. Pelajar
2. Guru
3. Pentadbir (sekolah,PPD,JPN)
4. Ibubapa
5. Agensi Luar (NGO & GO)


SPI.BIL.4 / 75: Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku"

1. Nyanyian Lagu Kebangsaan ini tidaklah seharusnya dipadusuarakan tetapi sebaliknya hendaklah dinyanyikan dengan penuh dedikasi dalam satu suara sahaja.

2.  SPI yang berkaitan :
a. Surat Pekeliling 'Am Bilangan 23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu Kebangsaan' bertarikh 29hb. November, 1966, keluaran Jabatan Perdana Menteri.
b.  SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku", bertarikh 20hb. Mei, 1975.
c. SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera. Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan', bertarikh 8hb.September, 1975. ·

PEKELILING BERKAITAN LAGU NEGARAKU

1.  SPA.Bil .23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu Kebangsaan' bertarikh 29hb. November, 1966, keluaran Jabatan Perdana Menteri.
2.  SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku", bertarikh 20hb. Mei, 1975.
3. SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera. Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan', bertarikh 8hb.September, 1975.
4. SPI. Bil. 8/1975: Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera Persekutuan/Bendera Negeri di Sekolah-sekolah/Maktab-Maktab Perguruan

1. Menaikkan Bendera

(a)   Bendera Negeri hendaklah dikibarkan dahulu.
(b) Bendera Persekutuan dinaikkan perlahan-lahan, sambil perhimpunan menyanyikan Lagu Kebangsaan. Apabila tamat nyanyian Lagu itu, Bendera pun sampai ke puncak tiang bendera.

2.  Berdiri Tegak Sebagai Tanda Hormat

3. Memelihara Bendera-bendera

i) Turun dan simpankan Bendera-bendera pada waktu hujan dan kibarkan semula setelah hujan berhenti, jika sekolah belum bersurai.
(ii) Turunkan Bendera-bendera pada pukul 6.00 petang atau pada waktu sekolah petang bersurai.
(iii) Bendera-bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan cermat dan yang telah luntur dan koyak hendaklah diganti baru.


SPI. Bil 3/1984 - Garis Panduan Mengenai Aktiviti-aktiviti Kebudayaan Disekolah

Kandungan: Menegaskan dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian , nilai bahasa , pakaian maupun perlakuan , harus ditanam dijiwa pelajar.

SPI.BIL. 4/1984 : PERHIMPUNAN SEKOLAH.

1. Perhimpunan sekolah hendaklah diadakan pada tiap_tiap minggu persekolahan dan dianggap sebagai satu majlis rasmi di peringkat sekolah.
2.  Perhimpunan sekolah pada hari pertama minggu persekolahan adalah digalakkan.
3. Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan tidak mengambil masa yang berlarutan.
4. Pihak sekolah tidak boleh menggunakan perhimpunan itu sebagai tempat untuk menjalankan hukuman kepada murid-murid.
5.  Semua guru dan murid hendaklah sama-sama berada di dalam majlis perhimpunan itu.
6.  Kakitangan-kakitangan bukan guru adalah digalakkan bersama.
7.  Perkara-perkara yang boleh meninggikan lagi moral, serta membentuk sikap murid-murid ke arah yang lebih positif adalah digalakkan untuk disampaikan kepada murid-murid dalam perhimpunan

Aturcara Perhimpunan sekolah

a. Nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Ku / dan Lagu Kebangsaan Negeri / dan Lagu Sekolah (jika ada).
b. Upacara menaikkan bendera.
c. Upacara membaca ikrar Rukunegara.
d. Ucapan Guru Besar.
e. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu bagi mencapai tujuan perhimpunan.

SPI. Bil 7/1988 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Badan Induk Sukan.

1. Mesti diketahui oleh pengetua sekolah yang berkenaan dan dipersetujui oleh Pengarah Pelajaran Negeri.
2. Perlu dapat persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga
3. Tidak mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar.
4. Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan.

SPI.BIL. 9/2004: PANDUAN PENGLIBATAN MURID DI SEKOLAH DALAM PROGRAM ANJURAN AGENSI SELAIN KPM

1. Semua penglibatan murid dalam program anjuran agensi selain KPM hendaklah melalui Ketua Pendaftar Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Sokongan dan kelulusan hanya di keluarkan oleh ketua pendaftar
3. Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
4. Penyertaan murid hendaklah tidak mengganggu atau menjejaskan proses P&P
5. Guru pengiring hendaklah dilantik oleh pihak sekolah
6. Pihak penganjur hendaklah menanggung semua kos perbelanjaan.
7. Pihak penganjur dan pihak sekolah hendaklah memastikan langkah- langkah keselamatan murid terjamin.
Dibaca bersama SPI.Bil. 7/1998 dan SPI.Bil.24/1998.

SPI.BIL. 24/1998 : Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

(a) Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan
(b) Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.
(c) Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
(e) Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.
(f)  Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

SPI BIL. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah

1. Penyampaian ucapan hendaklah dilakukan oleh TIGA pihak sahaja

a. Pengetua / Guru Besar
b. Pengerusi PIBG atau Pengerusi Lembaga pengurus Sekolah
c. Tetamu Khas

2. JIKA MAJLIS DIHADIRI OLEH DYMM SULTAN ATAU TYT YANG DIPERTUA NEGERI,

a. Pengetua/ Guru Besar;
b. Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia
c. DYMM Sultan ·

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN, (PERSATUAN SEKOLAH) 1998

Pendaftar, boleh secara bertulis, mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud

(a) yang tidak member manfaat kepada murid dan guru,
(b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam,
(c) yang memudaratkan kepentingan murid, atau
(d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

SPI. BIL. 9 / 1991 : Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah

1. Dikehendaki terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan. Undangan untuk upacara-upacara lain adalah mengikut peraturan yang ada sekarang.
2. Undangan kepada KSU, KPPM , Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi Kementerian lainnya hendaklah dibuat melalui Pengarah Pelajaran Negeri

SPI BIL. 2 / 1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah

1. KPM mengiktiraf kegiatan Seni Bela Diri sebagai kegiatan Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.
2. Pasukan yang ditubuhkan hendaklah bergabung dengan badan induk yang berdaftar
3. Kurikulum latihan hendaklah tetap dan diktiraf oleh badan induk
4. Sistem pengiktirafan hendaklah jelas dan diterima pakai oleh badan induk
5. Semua anggota hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap semasa menjalankan latihan atau di majlis-majlis rasmi sekolah.

SPI. Bil .12/2000: Lawatan Murid Di Hari Persekolahan

1. Tujuan lawatan hendaklah berunsur pendidikan; sesuai dengan minat dan keperluan pendidikan murid serta seiring dengan hasrat KPM
2. Lawatan mestilah tidak melebihi 2 kali dalam setahun dan tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk hari perjalanan.
3. Keselamatan dan kebajikan murid semasa lawatan diberi keutamaan
4. Semua prosedur untuk mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi seperti yang dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (LAWATAN SEKOLAH).
5. Sekolah SKM (under enrolled) -Sekolah tidak boleh ditutup dan lawatan digalakkan bergabung dengan sekolah lain semasa membuat lawatan
6. Setiap Lawatan Sekolah mesti disediakan perancangan aktiviti
murid sebelum, semasa dan selepas lawatan .
7. Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikaitkan dengan pembelajaran di dalam bilik darjah.

SPI. BIL. 13 / 2000 : Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah

1. Dibaca bersama dengan SPI Bil.2/1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.
2. Persatuan atau Seni bela diri yang ingin mengembangkan kegiatan di sekolah perlulah berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan.
3. Pastikan pertubuhan seni bela diri yang hendak beroperasi di sekolah mengemukakan salinan surat kelulusan pendaftaran Kementerian Belia dan Sukan sebelum membenarkan pertubuhan tersebut memulakan kegiatannya.

Persatuan Agama Bukan Islam

(a) Hendaklah mengambil kira sensitiviti, kebebasan beragama dan juga hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara;
(b) Tidak boleh bertujuan untuk pengaruhi dan kembangkan kepercayaan atau anutan kepada murid-murid dari agama lain
(c) Keahlian hanya untuk murid yang menganuti agama itu sahaja dan tidak boleh diperluaskan kepada penganut agama lain;
(d) Tidak ada bentuk paksaan kepada mana-mana murid
(e) Guru Penasihat hendaklah dilantik oleh Guru Besar /Pengetua
(g) Sebarang penglibatan pihak luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pendaftar

Status penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam

(a) Mana-mana sekolah yang sudah ada Kelab Agama Bukan Islam, maka kelab tersebut bolehlah diteruskan;
(b) Sekiranya ada permohonan baru daripada kalangan murid atau guru untuk menubuhkan kelab-kelab bukan agama Islam, maka ia hendaklah mengikuti peraturan_peraturan dan tertakluk kepada PERATURAN_PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998;dan
(c) Sekiranya ingin mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan orang luar atau menjemput orang luar bagi membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya, maka hendaklah juga mematuhi segala arahan dan
peraturan yang sedang berkuatkuasa.

SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-sekolah

1. Peraturan 4 , PERATURAN_PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998,Seksyen 130 AKTA PENDIDIKAN 1996, yang berkuatkuasa pada 21 Mei 1998, ada dinyatakan mengenai Penubuhan Persatuan Sekolah, di mana Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang berikut.

(a) mata peiajaran yang diajar di sekolah
(b) hobi dan rekreasi ;
(c) Sukan dan permainan;
(d) Badan beruniform
(e) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

2. Persatuan Bukan Agama Islam tidak termasuk dalam kategori (a), (b), (c), atau (d).Walau bagaimanapun, kategorl (e) memberi kuasa khas kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pelajaran Negeri, untuk meluluskan apa_apa persatuan lain sebagai persatuan yang berdaftar di sekolah. ·

SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-sekolah

Pendaftar, dalam Peraturan 12(1) PERATURAN_PERATURAN PENDIDIKAN,(PERSATUAN SEKOLAH) 1998, boleh secara bertulis, mengarah Mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud :

(a) Tidak memberi manfaat kepada murid dan guru,
(b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam,
(c) yang memudaratkan kepentingan murid, atau
(d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

SPI. Bil 6/1988 - Panduan Tajaan Oleh Syarikat Badan Perniagaan Di Sekolah.

1.  Perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah JPN
2. Tidak berlakunya eksploitasi terhadap pelajar dan sekolah. Kepentingan pelajar hendaklah diutamakan.
3.  Selaraskan dengan rancangan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/FPN
4.  Tajaan yang boleh menjejaskan perkembangan potensi pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak harus dibenarkan sama sekali.

SPI. Bil 2/1986 - Rekod Kedatangan Dan Laporan Gerakerja Kokurikulum Pelajar

1. Gerak kerja kokurikulum akan diambil kira dalam pemilihan pelajar-pelajar ke Tingkatan Enam dan ke Maktab-maktab Perguruan.
2. Mulai tahun 1986, kedatangan setiap orang pelajar Sekolah Menengah dalam gerak kerja ko kurikulum hendaklah direkodkan.
3. Menyedia dan melengkapkan laporan gerak kerja kokurikulum pelajar bagi pelajar-pelajar yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional (SPVM) 1985.

SPI. Bil 1/1985 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Sekolah ( JBPS)

1. Bertujuan menyelaras dan memperbaiki aktiviti kokurikulum di sekolah termasuk perancangan, rekod dan pengiktirafan kokurikulum di sekolah
2.  Mengiktiraf aktiviti kokurikulum di sekolah
3.  Ketegasan kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.
4. Keanggotaan terdiri dpd wakil masyarakat/murid tua/guru/ pelajar dan dipengerusikan oleh Pengetua / GB

SPI. Bil. 1/1986 - Larangan Ke Atas Pemberian Cenderamata

1. Memberhentikan amalan pemberian cenderamata
2. Tidak digalak menyediakan 'corsage' atau 'rosette' atau bunga malai yang besar dan mahal
3. Tidaklah menjadi halangan sekiranya pelajar-pelajar sendiri yang ingin memberikan cenderamata, dan benar-benar hasil kerja pelajar-pelajar itu sendiri.

SPI. BIL. 3/1991: Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah / Institusi Pendidikan

Semua cadangan undangan ke upacara tersebut hendaklah dikemukakan ke Kementerian Pelajaran dahulu. Kementerian Pelajaran akan menentukannya sebelum sesuatu undangan boleh dilakukan.

SPI. BIL. 9 / 1991: Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah

1. Semua sekolah yang ingin mengundang Pembesar Negeri atau Orang Kenamaan ke upacara pembukaan dan perasmian sekolah sahaja dikehendaki terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada KPM.
2.  Undangan untuk upacara_upacara lain adalah mengikut peraturan yang ada sekarang.
3. Undangan kepada KSU, KPPM , Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi Kementerian lainnya hendaklah dibuat melalui Pengarah JPN.

SPI. BIL. 1/1995: Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Kegiatan Kokurikulum & Sukan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah

1. Guru bertanggungjawab di atas keselamatan murid dan penggunaan alatan
2. Murid mematuhi arahan dan mesti sentiasa bersama guru
3. Setor sukan dikemas dan selamat dan ada rekod inventori.
4. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera.
5. Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri ( insurans) untuk semua pelajar.
6. Peralatan yang digunakan oleh murid mesti diselenggara dan dipastikan selamat

SPI. BIL. 4/1995: PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Kadet Remaja Sekolah(KRS) hendaklah ditubuhkan di semua seko!ah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah.

SPI. BIL. 24/1998 : Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Badan Beruniform Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

1. Pelepasan guru tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah.
2. Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.
3. Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
4. Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
5. Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.
6. Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

Tambahan SPI .Bil. 9/ 2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran PJK serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

1. Diwajibkan mengadakan skim perlidungan diri untuk semua pelajar.
2. Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah mematuhi syarat-syarat Jabatan Pengangkutan Jalan.
3.  Memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangani surat kebenaran bagi anak-anak mereka
4. Memastikan keadaan kesihatan murid anak dalam keadaan baik sebelum dibenarkan anak-anak mereka mengikuti aktiviti yang diajukan oleh sekolah.

SPI. BIL. 14/2000: Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Aktiviti Sampingan Hari Kemerdekaan

1.Mengibarkan Jalur Gemilang di bilik-bilik darjah; Menggalakkan murid mengibarkan Jalur Gemilang
2.Mengadakan peraduan menulis esei, mendeklamasi puisi, melukis poster atau seumpamanya;
3.Mengadakan pertandingan/persembahan/pameran mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan atau tokoh-tokoh setempat yang berjasa; dan
4. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

SPI.24/2000: PANDUAN PENGLIBATAN MURID DALAM PROGRAM ANJURAN AGENSI LUAR

1. Semua permohonan hendaklah memalui ketua pendaftar KPM
2. Kelulusan hanya dikeluarkan oleh ketua pendaftar
3. Dengan kebenaran penjaga
4. Lantik guru pengiring
5. Penganjur tanggung kos
6. Langkah keselamatan disediakan
7. Dibaca bersama SPI.7/1998 dan SPI.24/1988

SPI.BIL. 7/1988: Penyertaan pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan

1. Penyertaan murid mesti dimaklumkan kepada pengetua sekolah dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
2. Persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga
3. Tidak akan mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar.
4. Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan.

SPI.BIL. 24/1998 : Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi KerajaanDan Pertubuhan Bukan Kerajaan

(a) Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah.
(b) Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi14 hari.
(c) Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
(d) Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
(e) Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.
(f ) Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

SPI. Bil 7/2006: Kadar Baru Peruntukan Kokurikulum Kepada Sekolah.

1. Dibaca bersama Surat Pekeliling Kewangan Bil.2/2006
2. Dibayar secara per kapita (PCG)
3. Sekolah Rendah RM 10.00 dan Sekolah Menengah RM 12.00 seorang
4. Sekolah Rendah Enrolmen bawah 150 orang akan dibayar secara pukal.

SPI.BIL.8/2007: Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di hari persekolahan

1. Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan;
2. Pakai pakaian Pasukan Badan Beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya seperti memakai baju-T berkolar yang melambangkan pasukannya.
3. Memilih pakaian seragam kelab/persatuan, samada dalam bentuk jaket, baju layang (seni bela diri) atau baju-T berkolar.
4. Laksana secara terancang dan tidak beban ibubapa

SPI.8/2007: Garis Panduan Perhimpunan Bulanan PBB/ Kelab

1. Perhimpunan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan
2. Hendaklah dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru

SPI.BIL.3/2008: MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH

1. Semua majlis di sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, Sukan Tahunan dan Mesyuarat Agung PIBG yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan atau individu-individu tertentu, hendaklah memohon kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah JPN
2. Keutamaan hendaklah diberi kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran, YB Timbalan Menteri Pelajaran, KSU Kementerian Pelajaran, KPPM , Pengarah Pelajaran Negeri atau wakil-wakil mereka untuk majlis perasmian

SPI.BIL.3/2008: MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH DAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH PIHAK LUAR

Semua Pengetua dan Guru Besar adalah diingatkan supaya mendapatkan pandangan serta kelulusan daripada Pengarah JPN akan sebarang permohonan untuk menggunakan premis atau kemudahan sekolah seperti bilik darjah, dewan dan padang permainan dan lain-lain oleh pihak luar. Ini bertujuan bagi menjamin kesejahteraan serta menjaga keselamatan harta benda sekolah.

SPI.BIL.3/2008 dibaca bersama-sama dengan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas berikut;

1. SPI.Bil.3/1991:Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi Pendidikan bertarikh 16 Me1 1991;
2. SPI.Bil.9/1991: Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi Pendidikan bertarikh 12 September 1991;
3. SPI.Bil.9/2004: Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 16 September 2004;
4. SPI. Bil,14/1988: Keberangkatan DYMM Sultan/Raja atau TYT Yang DiPertua Negeri Menghadiri Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 18 Julai 1988;
5. SPI.Bil. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 5 Oktober 1989;
6. SPI.Bil.7/1991: Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia bertarikh 12 September 1991. ·

SPK.BIL.4/2008: Bantuan Pakaian Seragam untuk Pasukan Badan Beruniform di Sekolah

1. Pendapatan keluarga RM 1000 sebulan dan kurang.
2. Kadar bantuan tidak lebih RM 100.00 lebih RM 100 tanggung sendiri.
3. Sekolah Rendah ( Tahap 2 dan Sekolah Menengah (Peralihan hingga Tingkatan 5)
4. Layak dapat gantian 2 tahun sekali

Pekeliling 2008

Surat Pekeliling Ikhtisas : Bil : 7/2008 Persediaan Menghadapi Sesi Penggal Persekolahan Baru.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2008 Kertas Soalan Peperiksaan Dwibahasa bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2008 Kutipan Bagi Sesi Persekolahan 2009
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2008 Pertukaran Status Mata Pelajaran English For Science And Technology ( EST )
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2008 Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Luar
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008 Rancangan TV Pendidikan


Pekeliling 2009

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2009 Langkah-langkah Keselamatan
Semasa Mengikuti Aktivit/Program Lawatan di Luar Waktu Persekolahan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2009 Penubuhan Jawatankuasa Bencana di Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2009 Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2009 Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/2009 Langkah-langkah Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Menerusi Pemantapan Pengurusan dan Pengendalian Khidmat Pelanggan di Sekolah-sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen ke Sekolah

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP