KEJOHANAN BOLA SEPAK B10 PIALA KPM 2017

Monday, 4 April 2016

Majlis Pelancaran Program 1 Sekolah 1 Silat Peringkat Kebangsaan 2016


Majlis Pelancaran Program 1Sekolah 1Silat Peringkat Kebangsaan 2016 ini telah diadakan di SMK Kuala Nerang pada 2 April 2016 (Sabtu). Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YB Dato Seri Mahawangsa Dato Seri Diraja Haji Mahdzir bin Khalid.  Turut Hadir adalah Presiden Pesekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), YB. Senator Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam

1 Sekolah 1 Silat ini memberi gambaran bahawa silat merupakan satu instrumen untuk membentuk jati diri bangsa yang semakin lama dilupakan dan dilaksanakan di semua sekolah-sekolah seluruh Malaysia. 

Majlis Pelancaran ini dijayakan oleh Pesekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP