CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Thursday, 2 May 2024
Tuesday, 5 July 2022
SK Padang Terap Juara Keseluruhan Olahraga MSSD Padang Terap Tahun 2022
SK Padang Terap muncul Juara Keseluruhan Olahraga MSSD Padang Terap Tahun 2022, sekaligus berjaya mengekalkan kejuaraan Olahraga Tahun 2020 yang lalu. SK Padang Terap berjaya mengumpulkan 11 Pingat Emas & 2 Pingat Perak.
Atlit Sk Padang Terap juga telah berjaya memecah tiga rekod MSSDPT melalui Acara 100 Meter (Kelas 4P), Lontar Peluru (Kelas 4P) & Lontar Peluru (Kelas 4L). Muhammad Mukhriz bin Mohammad Ridzuan telah dinobatkan sebagai Atlit Terbaik Kategori Lelaki bawah 12 setelah berjaya mengumpul 3 pingat emas peribadi melalui Acara 100M, 200M & 4x100M (kelas 3L).
Sekalung penghargaan dan tahniah buat seluruh Pengurusan, Jurulatih & Atlit Olahraga SKPT 2022.
Labels:
Kejohanan Olahraga,
MSSD,
MSSD 2022,
Olahraga
Tuesday, 27 April 2021
SKPT mencatat sejarah Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020
Kontijen Olahraga SKPT mencatat sejarah Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 9 - 11 Februari 2020 lalu bertempat di Stadium Darulaman. Kontijen Olahraga SKPT berjaya mengumpul 6 Pingat Emat, 4 Pingat Perak & 2 Pingat Gangsa.
Atlit SKPT Qaseh Damia bt Mahmad Shukri telah dinobatkan sebagai Olahragawati (Kategori Perempuan B12) dengan mengumpul 4 Pingat Emas (2 Pingat Emas Individu & 2 Pingat Emas Berpasukan). Manakala Kuatet 4x100M (Kelas 4P) berjaya memecah rekod kejohanan pada kali ini.
Tahniah & Syabas buat Semua Atlit SKPT, barisan jurulatih dan barisan pengurusan Kontijen Olahraga SKPT 2020. Tahniah dan terima kasih juga kepada Para Guru & Staff SKPT serta para waris SKPT yang sentiasa memberi sokongan kepada atlit-atlit SKPT.
Read more...
Labels:
Balapan dan Padang,
Kejohanan Olahraga,
MSSD,
MSSD 2020,
Olahraga
Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-44 Tahun 2020
Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-44 Tahun 2020 telah diadakan pada 5 Mac 2020 (Khamis). Kejohanan dirasmikan oleh Mohamad Zahir bin Zainuddin YDP PIBG SKPT.
Rumah KUNING muncul Johan Keseluruhan pada Kejohanan Olahraga tahun 2020 dengan pungutan 21 Pingat Emas, 14 Perak & 10 Gangsa, manakala Rumah MERAH selaku Juara Bertahan 2019 menduduki tempat Ke-2 Keseluruhan tahun 2020.
Olahragawan 2020 ~ Muhammad hazim
Olahragawati 2020 ~ Qaseh Damia bt Mahmad Syukri
Olahragawan Harapan 2020 ~
Olahragawati Harapan 2020 ~
Labels:
Balapan dan Padang,
Kejohanan Olahraga
SKPT Johan Keseluruhan Merentas Desa (B12) MSSD Padang Terap 2020
Pasukan Merentas Desa SKPT Muncul Johan Keseluruhan Merentas Desa (B12) MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 29 Januari 2020 di SMK Lubok Merbau. Pasukan Merentas Desa SKPT berjaya mengumpul 81 Mata sekaligus berjaya memintas pencabar terdekat SK Tunku Abdul Rahman Putra di tempat ke-2.
Kategori Individu Perempuan (B12) Atlit SKPT berjaya mendapat tempat ke-3, 4 10 ,14 & 16, manakala bagi kategori Individu Lelaki (B12) Atlit SKPT berjaya mendapat tempat ke-3, 13, 17, 21 & 41.
Tahniah buat semua Atlit SKPT dan Jurulatih Merentas Desa serta pengurusan Kontijen Merentas Desa SKPT 2020
Read more...
Labels:
Merentas Desa,
MSSD,
MSSD 2020
Monday, 13 July 2020
Tuesday, 19 November 2019
Skuad Bola Sepak Bawah 10 SK Padang Terap muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak B10 Peringkat Daerah Padang Terap 2019
Skuad Bola Sepak Bawah 10 SK Padang Terap telah muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak B10 Peringkat Daerah Padang Terap 2019. Kejohanan di adakan pada 19 November 2019 (Isnin) bertempat di Padang SK Padang Terap.
Pasukan B10 SKPT tewas tipis 1-0 kepada pasukan b10 SK Naka pada perlawanan akhir tersebut.
Peringkat Kumpulan :-
SKPT 4 - 1 SK Pdg Sanai
SKPT 1 - 2 SK Naka
Separuh Akhir
SKPT 2 - 0 SKTARP
Akhir
SKPT 0 - 1 SK Naka
Read more...
Labels:
Bola Sepak,
MSSD 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)