CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019
Monday, 25 April 2016
Saturday, 23 April 2016
Bola Sepak Persahabatan 3 Penjuru Bawah 12 Tahun
Pertandingan Bola Sepak 3 penjuru kali ini disertai oleh 3 buah sekolah rendah iaitu SK Padang Terap, SK Padang Sanai & SK Tunku Abdul Rahman Putra. Pertandingan diadakan pada 23 April 2016 (Sabtu) jam 8.00 - 10.00 pagi.
Tahniah buat Pasukan Bola Sepak SK Tunku Abdul Rahman Putra kerana muncul Johan pada pertandingan kali ini.
Read more...
Labels:
Bola Sepak,
Pembangunan Sukan
Wednesday, 20 April 2016
Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap 2016
Pusingan Awal Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap 2016 akan di adakan pada :-
Tarikh : 26 - 28 April 2016 (Selasa - Khamis).
Masa :-
7.30 pagi - 10.00 pagi (Sesi pagi)
5.00 ptg - 7.00 ptg (Sesi Petang)
Tempat :7.30 pagi - 10.00 pagi (Sesi pagi)
5.00 ptg - 7.00 ptg (Sesi Petang)
1. Padang SK Seri Bakti
2. Padang SK Pedu
3. Padang SK Padang Terap
4. Padang SK Naka
SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING
Zon 1 (Padang SK Naka)
SK Naka
SK Nami
SK Lamdin
SK Lubok Merbau
SK Panglima Awang
Zon 2 (Padang SK Pedu)
SK Pedu
SK Datin Fatimah
SK Kampong Belukar
SK Tandop Besar
Zon 3 (Padang SK Padang Terap)
SK Padang Terap
SK Padang Sanai
SK Tunku Abd Rahman Putra
SK Tualak
Zon 4 (Padang : SK Seri Bakti)
SK Seri Bakti
SK Kuala Nerang
SK Kurong Hitam
SK Perik
SK Bukit Tembaga
Peringkat SUKU AKHIR dan SEPARUH AKHIR & AKHIR dijadualkan pada :-
Tarikh : 2 - 3 Mei 2016 (Isnin & Selasa).
Read more...
Labels:
MSSD
Thursday, 14 April 2016
Apakah itu STROK HABA?
Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).
Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.
Pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.
Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.
Simptom-simptom STROK HABA adalah seperti sakit kepala berdenyut, mual, denyutan nadi pantas, kurang berpeluh dalam cuaca panas, otot lemah, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan, dan mudah pitam.
Pencegahan yang boleh dibuat
Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah mengelakkan diri dari kurang air atau dehidrasi. Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap.
Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air.
Air kelapa muda mengandungi elektrolit yang boleh membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat proses dehidrasi ekoran cuaca panas. Selain itu air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek yang mampu mengawal tekanan darah, merendahkan kekejangan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas. Untuk lagi bagus, elak daripada mengambil air kelapa yang dicampur dengan gula. Beli sebiji kelapa muda yang belum dipotong dan minum airnya yang segar
Di samping meminum air kelapa muda, meminum air buah-buahan juga adalah antara tindakan yang baik untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari. Air buah-buahan mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potassium dan fruktosa (gula semula jadi buah) yang berperanan sebagai bekalan tenaga dalam badan.
Info:- Badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair sekiranya anda telah berpeluh dengan banyak di cuaca panas.
Berehat secara kerap untuk memastikan anda dapat menambah cecair badan dengan air kosong dan pengambilan minuman isotonik.
Walaupun kedengaran remeh, tetapi anda disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan.
Ingat! Jangan sekali-kali anda tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci di cuaca yang panas.
http://rapi.karangkraf.com/
Read more...
Labels:
Info Sihat
Sunday, 10 April 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
























