CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019
Showing posts with label Kejohanan Olahraga. Show all posts
Showing posts with label Kejohanan Olahraga. Show all posts

Tuesday, 5 July 2022

SK Padang Terap Juara Keseluruhan Olahraga MSSD Padang Terap Tahun 2022

 

SK Padang Terap muncul Juara Keseluruhan Olahraga MSSD Padang Terap Tahun 2022, sekaligus berjaya mengekalkan kejuaraan Olahraga Tahun 2020 yang lalu. SK Padang Terap berjaya mengumpulkan 11 Pingat Emas & 2 Pingat Perak. 

Atlit Sk Padang Terap juga telah berjaya memecah tiga rekod MSSDPT melalui Acara 100 Meter (Kelas 4P), Lontar Peluru (Kelas 4P) & Lontar Peluru (Kelas 4L). Muhammad Mukhriz bin Mohammad Ridzuan telah dinobatkan sebagai Atlit Terbaik Kategori Lelaki bawah 12 setelah berjaya mengumpul 3 pingat emas peribadi melalui Acara 100M, 200M & 4x100M (kelas 3L).

Sekalung penghargaan dan tahniah buat seluruh Pengurusan, Jurulatih & Atlit Olahraga SKPT 2022. 


Read more...

Tuesday, 27 April 2021

SKPT mencatat sejarah Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020


Kontijen Olahraga SKPT mencatat sejarah Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 9 - 11 Februari 2020 lalu bertempat di Stadium Darulaman. Kontijen Olahraga SKPT berjaya mengumpul 6 Pingat Emat, 4 Pingat Perak & 2 Pingat Gangsa. 


Atlit SKPT Qaseh Damia bt Mahmad Shukri telah dinobatkan sebagai Olahragawati (Kategori Perempuan B12) dengan mengumpul 4 Pingat Emas (2 Pingat Emas Individu & 2 Pingat Emas Berpasukan). Manakala Kuatet 4x100M (Kelas 4P) berjaya memecah rekod kejohanan pada kali ini.

Tahniah & Syabas buat Semua Atlit SKPT, barisan jurulatih dan barisan pengurusan Kontijen Olahraga SKPT 2020. Tahniah dan terima kasih juga kepada Para Guru & Staff SKPT serta para waris SKPT yang sentiasa memberi sokongan kepada atlit-atlit SKPT.

Read more...

Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-44 Tahun 2020

 

Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-44 Tahun 2020 telah diadakan pada 5 Mac 2020 (Khamis). Kejohanan dirasmikan oleh Mohamad Zahir bin Zainuddin YDP PIBG SKPT.

Rumah KUNING muncul Johan Keseluruhan pada Kejohanan Olahraga tahun 2020 dengan pungutan 21 Pingat Emas, 14 Perak & 10 Gangsa, manakala Rumah MERAH selaku Juara Bertahan 2019 menduduki tempat Ke-2 Keseluruhan tahun 2020.
Olahragawan 2020 ~ Muhammad hazim
Olahragawati 2020 ~ Qaseh Damia bt Mahmad Syukri
Olahragawan Harapan 2020 ~ 
Olahragawati Harapan 2020 ~ 

Read more...

Monday, 25 February 2019

Kejohanan Olahraga SK Padang Terap Kali ke-43 Tahun 2019

Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-43 Tahun 2019 telah diadakan pada 31 Januari 2019 (Khamis). Kejohanan di rasmikan oleh Mohamad Zahir bin Zainuddin YDP PIBG SKPT.
Rumah Merah muncul Johan Keseluruhan pada Kejohanan Olahraga tahun 2019 dengan pungutan 15 Pingat Emas, 5 Perak & 6 Gangsa.
Olahragawan 2019 ~ Mohamad Faiz bin Saad
Olahragawati 2019 ~ Qaseh Damia bt . Ahmad Syukri
Olahragawan Harapan 2019 ~ Ahmad Nur Eman bin Hassanal Basri
Olahragawati Harapan 2019 ~ Fatin Safia bt. Razeman

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP