Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk memartabatkan pendidikan bahasa Melayu di bawah Dasar MBM. Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang dapat menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin.
Matlamat utama Makmal Bahasa Melayu iaitu melonjakkan pemerolehan dan kompetensi bahasa Melayu pada semua peringkat pendidikan. Matlamat ini telah diperincikan melalui sembilan strategi yang terdapat dalam Pelan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu.
Salah satu strategi tersebut adalah Bahasa Melayu Dalam Kokurikulum. Secara ringkasnya Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) ini adalah kesinambungan dasar MBM untuk memartabatkan Bahasa Melayu melalui aktiviti kokurikulum disekolah.
Rasional Pelaksanaan Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) Untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Memastikan setiap murid boleh menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa Melayu setelah tamat persekolahan.
*Memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
*Merapatkan jurang kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu antara murid di Sekolah Kebangsaan dan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan.
*Membolehkan murid menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan baik dan mampu berkomunikasi dengan berkesan serta bertatasusila.
*Melahirkan murid yang berilmu dan dapat mengaplikasi kemahiran berbahasa secara bertatasusila dalam kehidupan.
Aspek Kemahhiran Berbahasa yang diterapkan.
Perlaksanaan PIKeBM akan dilaksanakan semasa aktiviti kokurikulum di sekolah iaitu dalam semua Pasukan Badan Beruniform, Sukan Permainan dan Kelab dan Persatuan. Ianya dilaksanakan secara sisipan wajib dalam setiap aktiviti kokurikulum selama 10 minit sahaja. Boleh dijalankan di permulaan aktiviti kokurikulum, pertengahan aktyiviti ataupun di akhir aktiviti kokurikulum. Perlaksanaan Program PIKeBm ini berdasarkan Kit PIKeBM yang disediakan
Secara ringkas dan ikhlasnya Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) ini adalah penambahan aktiviti dan laporan kepada guru-guru setiap kali aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah.
0 comments:
Post a Comment