CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019
Showing posts with label MSSD. Show all posts
Showing posts with label MSSD. Show all posts

Thursday, 2 May 2024

SKPT muncul Naib Johan Keseluruhan Merentas Desa

 SKPT muncul Naib Johan Keseluruhan Merentas Desa Sekolah Rendah dan JOHAN bagi kategori PPKI yang diadakan pada 30 April bertempat di SK Kampong Belukar. Seramai 10 orang murid dari aliran perdana dan 10 orang murid dari aliran PPKI telah menyertai kejohanan tersebut.








Read more...

Tuesday, 5 July 2022

SK Padang Terap Juara Keseluruhan Olahraga MSSD Padang Terap Tahun 2022

 

SK Padang Terap muncul Juara Keseluruhan Olahraga MSSD Padang Terap Tahun 2022, sekaligus berjaya mengekalkan kejuaraan Olahraga Tahun 2020 yang lalu. SK Padang Terap berjaya mengumpulkan 11 Pingat Emas & 2 Pingat Perak. 

Atlit Sk Padang Terap juga telah berjaya memecah tiga rekod MSSDPT melalui Acara 100 Meter (Kelas 4P), Lontar Peluru (Kelas 4P) & Lontar Peluru (Kelas 4L). Muhammad Mukhriz bin Mohammad Ridzuan telah dinobatkan sebagai Atlit Terbaik Kategori Lelaki bawah 12 setelah berjaya mengumpul 3 pingat emas peribadi melalui Acara 100M, 200M & 4x100M (kelas 3L).

Sekalung penghargaan dan tahniah buat seluruh Pengurusan, Jurulatih & Atlit Olahraga SKPT 2022. 


Read more...

Tuesday, 27 April 2021

SKPT mencatat sejarah Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020


Kontijen Olahraga SKPT mencatat sejarah Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 9 - 11 Februari 2020 lalu bertempat di Stadium Darulaman. Kontijen Olahraga SKPT berjaya mengumpul 6 Pingat Emat, 4 Pingat Perak & 2 Pingat Gangsa. 


Atlit SKPT Qaseh Damia bt Mahmad Shukri telah dinobatkan sebagai Olahragawati (Kategori Perempuan B12) dengan mengumpul 4 Pingat Emas (2 Pingat Emas Individu & 2 Pingat Emas Berpasukan). Manakala Kuatet 4x100M (Kelas 4P) berjaya memecah rekod kejohanan pada kali ini.

Tahniah & Syabas buat Semua Atlit SKPT, barisan jurulatih dan barisan pengurusan Kontijen Olahraga SKPT 2020. Tahniah dan terima kasih juga kepada Para Guru & Staff SKPT serta para waris SKPT yang sentiasa memberi sokongan kepada atlit-atlit SKPT.

Read more...

SKPT Johan Keseluruhan Merentas Desa (B12) MSSD Padang Terap 2020


Pasukan Merentas Desa SKPT Muncul Johan Keseluruhan Merentas Desa (B12) MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 29 Januari 2020 di SMK Lubok Merbau. Pasukan Merentas Desa SKPT berjaya mengumpul 81 Mata sekaligus berjaya memintas pencabar terdekat SK Tunku Abdul Rahman Putra di tempat ke-2.


Kategori Individu Perempuan (B12) Atlit SKPT berjaya mendapat tempat ke-3, 4 10 ,14 & 16, manakala bagi kategori Individu Lelaki (B12) Atlit SKPT berjaya mendapat tempat ke-3, 13, 17, 21 & 41.

Tahniah buat semua Atlit SKPT dan Jurulatih Merentas Desa serta pengurusan Kontijen Merentas Desa SKPT 2020

Read more...

Friday, 19 April 2019

Pasukan Bola Sepak B12 SKPT mencatat Sejarah Muncul Johan MSSD Padang Terap buat kali pertama dalam Sejarah Bola Sepak SKPT.

Pasukan Bola Sepak B12 SKPT mencatat Sejarah Muncul Johan MSSD Padang Terap buat kali pertama dalam Sejarah Bola Sepak SKPT. Kejohanan Berlangsung pada 16 - 18 April 2019 bertempat di Padang SK Padang Terap.
Pasukan SKPT berjaya menundukkan SK Kurong Hitam dengan jaringan 1-0 selepas tambahan masa setelah terikat 0-0 masa permainan.
Gol tunggal kemenangan dijaringkan oleh Abdul Hakim @ Bidol hasip sepakan percuma yang cantik pada jarak 22m.
 


TAHNIAH & TERIMA KASIH buat Pemain SKPT yang mempamerkan semangat juang yang Cukup Tinggi dalam mencapai sebuah kejayaan yang di idamkan.

TAHNIAH & TERIMA KASIH buat Coach Mohd Fairus & Manager Mohamad Shahir dan juga Cikgu Ahmad Ruslan Abdul Rahim

Sekalung penghargaan dan Terima Kasih tak terhingga buat Guru Besar & Rakan Pentadbir, Rakan Guru & Staf serta murid SKPT, Para Ibu Bapa dan Waris atas doa dan sokongan untuk kejayaan 2019

Terima kasih buat Paksu Norman Hassan Ludin antara pengasas Akademi Bola Sepak SKPT & KN Kiara Football Club. Program pembangunan Akademi Bola Sepak SKPT yang dimulai pada Ogos 2017 membuahkan hasil mencapai sasaran untuk JOHAN MSSD B12 2019 dan Juga Penubuhan Kelab Bolasepak KN KIara (Februari 2018) sebagai sebuah badan sukan yang sah dalam membantu Program pembangunan Bola Sepak B12 di peringkat akar umbi dalam Aspek sumbangan Dana Kewangan, Kejurulatihan & Kemudahan Peralatan.

Terima Kasih buat semua Jurulatih yang banyak membantu melatih pemain SKPT.. Coach Din My Team, Coach Along (Wan Muhd Hafiz), Coach Mohd Zanbri Nizam, Coach Abdul Hakim, Coach Ammar, Coach Eizas

Read more...

Thursday, 4 April 2019

Kontijen Olahraga SKPT Muncul Naib Johan Olahraga MSSD 2019

Kontijen Olahraga MSSD telah muncul Naib Johan Keseluruhan di Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2019. Kejohanan tahun ini di adakan pada 18 - 21 Februari 2019 bertempat di SMK Padang Terap. Kontijen Olahraga SKPT berjaya menggondol 5 Pingat Emas, 1 Perak & 3 Gangsa.
Tahniah buat Kontijen Olahraga SKPT 2019 atas kejayaan ini. Tahniah buat Semua Pengurus Jurulatih dan Altlit SKPT, Guru-guru SKPT Serta Pihak Waris yang sentiasa memberi sokongan atas kejayaan SKPT.

 



Read more...

Bola Jaring MSSD Padang Terap2019

Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap telah diadakan pada 14 & 15 Februari 2019 (Khamis & Jumaat) lalu. Pasukan SKPT berjaya muncul Johan kumpulan D tetapi terkandas di peringkat Suku Akhir.

Keputusan Kumpulan D
SKPT 4 - 4 SK Perik
SKPT 5 - 2 SK Pedu
SKPT 5 - 0 SK Nami

Suku Akhir
SKPT vs SK Naka

Read more...

Tuesday, 26 February 2019

Skuad Bola Baling Lelaki SKPT muncul Johan Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap 2019

Skuad Bola Baling Lelaki SKPT muncul Johan Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap 2019 yang diadakan pada 13 Februari 2019 bertempat di Sena Sport, Pokok Sena.

Read more...

Sunday, 24 February 2019

Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2019

Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2019 telah diadakan pada 2 Februari 2019 di SMK Lubuk Merbau. Pasukan Merentas Desa SKPT berjaya mendapat tempat ke 4 keseluruhan. Bagi Kategori Lelaki SKPT berada pada kedudukan Kedua Terbaik di mana 3 Peserta SKPT berjaya menempatkan diri dalam 15 terbaik. 
Hisyamrul Nizam - No 4
Alif - No 13
Farish Haikal - 14


Read more...

Thursday, 10 May 2018

Pasukan SKPT mendapat tempat ketiga di Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap 2018

Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap 2018 telah diadakan pada 25, 26 & 27 April 2018 bertempat di Padang SK Padang Terap. Pasukan SK Padang Terap berjaya menjuarai Kumpulan C dengan mengumpul 10 mata. Diperingkat Suku Akhir SKPT berjaya menewaskan SK Lubuk Merbau  1-0. Di peringkat Separuh Akhir SKPT tewas kepada SKTARP 1-0.

Tahniah buat Semua Jurulatih dan pemain bola sepak SK Padang Terap atas kejayaan ini. Pasakan SKPT tahun ini berjaya mempamerkan mutu permainan yang amat baik, cuma masih belum ada rezeki untuk ke final. Semoga momentum kecemerlangan ini diteruskan lagi untuk tahun mendatang.
 
 
 

Read more...

Pasukan Bola Jaring SKPT mendapat tempat Ketiga di Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap 2018

Pasukan Bola Jaring SKPT mendapat tempat Ketiga di Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap 2018. Kejohanan tahun ini di adakan pada 26 & 27 April 2018 bertempat di SMK Pedu. Pasukan SKPT berjaya menjuarai Kumpulan C dengan mengumpul 12 mata.

Pasukan SKPT berjaya menundukan Pasukan SKTARP diperingkat Suku Akhir dan tewas kepada SK Datin Fatimah di separuh Akhir. Tahniah buat semua guru dan murid yang terlibat dalam membentuk pasukan bola jaring yang mantaop 2018.
 
 

Read more...

Wednesday, 11 April 2018

Undian Kumpulan Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2018


KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN
MSSD PADANG TERAP 2018
TARIKH : 25, 26 & 27 APRIL 2018
TEMPAT : PADANG SK PADANG TERAP





Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP