CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019
Showing posts with label Bola B10 Piala KPM. Show all posts
Showing posts with label Bola B10 Piala KPM. Show all posts

Monday, 27 November 2017

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017


Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017 Peringkat Kebangsaan berjaya dilaksanakan pada Hari Ahad 26 November 2017 bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Sebanyak 26 buah pasukan dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis menyertai kejohanan sulong bawah 10 tahun ini. Kejohanan ini dikelolakan oleh Akademi Bola Sepak SK Padang Terap, Pejabat Parlimen Padang Terap dan Akedemi B12 Padang Terap.

Pasukan The Fighter dari AT Perlis muncul Johan setelah menundukan pasukan Kenari Kid Langkawi KV melalui penentuan penalti setelah kedua pasukan terikat 0-0 selepas masa permainan tamat. Tahniah dan terima kasih buat semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan 2017 ini.

Tahniah juga buat jurulatih, pemain dan pengurusan pasukan Akademi Bola Sepak SK Padang Terap (KN Kiara Junior A & KN Kiara Junior B) yang berjaya layak ke peringkat suku akhir.

Terima kasih tak terhingga buat semua Jawatankuasa Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2017 yang bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini.

Sekalung penghargaan kepada YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia), yang hadih untuk perasmian penutup dan penyampaian hadiah. Turut hadir YB Dato Hj Badrol Hisham (ADUN K.Nerang merangkap Naib Presiden KFA), Coach Lagenda Kedah Dato' Ahmad Shafiee, Pegawai Daerah Padang Terap, En. Lazit bin Ahmad Ketua Unit Sukan JPN Kedah & En. Abdul Rahman Timbalan PPD Padang Terap serta pegawai-pegawai PPD yang bersama-sama hadir memeriahkan program.

Pihak pengelola sangat menghargai semua pihak yang membantu menyumbang dalam menjayakan kejohanan ini, antaranya Pejabat Parlimen Padang Terap, KN Kiara Enterprise, Atan Barokhas, NBA Explorer Supplier & Caltex Kuala Nerang dan Ganding Jaya Enterprise (Pengusaha Kantin SKPT).






YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia sanggup meredah hujan dan padang yang becak berselut untuk menyaksikan perlawanan Akhir Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.

Ahhamdulillah...Selepas YB Dato' Seri melalui dan melihat sendiri keadaan padang yang becak serta dipenihi takungan air, beliau meluluskan peruntukan RM50,000 bagi membaik pulih padang agar dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Read more...

Saturday, 25 November 2017

Undian Kumpulan Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017

Proses Undian Kumpulan Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017 telah diadakan pada 24 November 2017 (Jumaat) jam 4.30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat SK Padang Terap.
KELAYAKAN 'ROUND OF 16'

i) Kumpulan A & B - (5 pasukan.)
Layak automatik - Johan, Naib Johan dan Tempat Ke-3.

ii) Kumpulan  C, D, E & F - (4 pasukan.)
Layak automatik - Johan & Naib Johan.
Dan,
Dua pasukan yang terbaik di Tempat ke-3 dari Kump. C, D, E & F akan mengisi slot "round of 16".

Sekiranya tempat ke-3 terbaik adalah dari kumpulan :-
1. D & E, maka Ketiga D vs Johan C dan Ketiga E vs Johan D.
2. C & F, maka Ketiga C vs Johan D dan Ketiga F vs Johan C.


Read more...

Thursday, 23 November 2017

Aturcara dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017



Read more...

Tuesday, 7 November 2017

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BAWAH 10 TAHUN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 2017

Tarikh : 26 NOVEMBER 2017 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi - 7.00 ptg
Tempat : Padang SK Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah

Majlis Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah : Pukul 6.20 petang.
Pendaftaran : RM250

Hadiah : -
Johan = Piala Iringan, Wang Tunai RM2500, Medal & Sijil Penyertaan.
Naib Johan = Wang Tunai RM1000, Medal & Sijil Penyertaan.
Ketiga / Keempat = Wang Tunai RM500, Medal & Sijil Penyertaan.
Saguhati (Ke-5 - ke-8) = Medal & Sijil Penyertaan.

Semua pasukan yang berdaftar akan diberi Sijil Penyertaan.


Pendaftaran hubungi :-
013-5336302 (Faisal)
019-5005715 (Fuad)
019-5944675 (P. Su Norman)

Pembayaran duit pendaftaran :-
MAYBANK : 1620 7656 5882
NAMA : MOHAMED FAISAL BIN ABDULLAH

Tarikh Tutup Pendaftaran : 17 Nov 2017
Sijil Penyertaan untuk semua pemain yang mendaftarkan diri


Untuk Muat turun Borang Pendaftaran & Syarat dan Peraturan Pertandingan sila klik di bawah :-

Read more...

Monday, 6 November 2017

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun (9 Sebelah) Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017


1. PENDAHULUAN.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Akademi Bola Sepak SK Padang Terap, Pejabat Parlimen Padang terap dan Akademi Bola Sepak B12 Pdg Terap, dengan Kerjasama dan Sokongan YB Dato’ Seri Haji Mahdzir bin Khalid. (Menteri Pendidikan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen padang Terap) 
Kejohanan ini merupakan aktiviti riadah yang dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing dan semangat bekerjasama disamping itu juga dapat menonjolkan bakat murid serta membina sahsiah mereka. Murid yang cemerlang ialah mereka yang aktif dalam kurikulum dan ko-kurikulum. Sehubungan dengan itu Akademi Bola Sepak SKPT telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan satu Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Bawah 10 Tahun terbuka Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.

Pertandingan ini juga merupakan satu pertandingan bagi mengenalpasti dan mengcungkil bakat bola sepak untuk diketengahkan sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak MSSD Padang Terap pada tahun depan seterusnya bagi membentuk pasukan bola sepak daerah Padang Terap yang mantap pada tahun 2017.

2. MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan khususnya Sukan Bola Sepak. Di samping itu  program ini dapat mencungkil bakat–bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya. 

3. OBJEKTIF 
3.1 Memberi peluang kepada pelajar bawah 10 tahun untuk mewakili sekolah dan Kelab Bola Sepak seterusnya melibatkan diri dalam sukan.
3.2 Membentuk semangat kerjasama dan hubungan baik diantara sesama murid guru.
3.3 Mencungkil dan mengilap bakat murid dalam permainan bola sepak
3.4 Membentuk semangat bekerjasama dan perpaduan dikalangan murid, guru-guru dan masyarakat setempat.
3.5 Membentuk murid yang berdaya saing yang tinggi
3.6 Melahirkan pelajar yang komited dan bersahsiah

4.   KUMPULAN SASARAN  & PENYERTAAN.
4.1 Murid lelaki sekolah rendah berumur 10 tahun ke bawah. 
4.2 Sebanyak 32 buah pasukan bola sepak dari seluruh Malaysia bakal menyertai kejohanan ini serta Jemputan bawah 10 dari Thailand.
4.3 Yuran Pendaftaran untuk 1 pasukan adalah RM250.00

5.   TARIKH PERLAKSANAAN & TEMPAT
5.1 Tarikh : 26 November 2017 (Ahad)
         Masa :  8.30 pg – 6.45 ptg

5.2 Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah :-
  Masa : 6.20 ptg
  Tempat : Dewan Perdana SKPT
  Penyampain Hadiah oleh : YB Dato’ Seri Haji Mahdzir bin Khalid, 
  Menteri Pendidikan Malaysia
5.3  Tempat : Padang SK Padang Terap

6.  MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & PENUTUP
6.1 Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen padang Terap.  Maslid Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah  akan berlangsung di Dewan Perdana SK Padang Terap.

7.   FORMAT KEJOHANAN
7.1 Pertandingan melibatkan murid sekolah bawah 10 tahun dari 32 buah pasukan seluruh Malaysia.
7.2 Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan, sebanyak 8 Kumpulan. Johan & Naib Johan setiap kumpulan layak peringkat pusingan ke-2, Suku akhir dan seterusnya separuh akhir & peringkat akhir. 
7.3 Bilangan pemain beraksi ialah 9 orang dan 3 orang simpanan serta 2 Orang Pegawai Pasukan.
7.4 Masa bagi semua perlawanan adalah seperti berikut:
Separuh masa pertama : 7 minit
Masa berehat : 1 minit
Separuh masa kedua : 7 minit
7.6 Pemberian mata ialah :-
Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata
8. HADIAH
8.7 Lapan pasukan yang layak ke peringkat Suku Akhir akan menerima hadiah berikut : 
a) JOHAN : Piala Menteri Pendidikan, Medal, Wang Tunai RM2500  dan Sijil penyertaan.
b) NAIB JOHAN : Medal dan wang tunai RM1000  dan Sijil penyertaan.
c) KETIGA & KEEMPAT :  Medal dan wang tunai RM500 dan Sijil penyertaan.
d) SAGUHATI (Ke-5 – ke 8) : Medal dan Sijil penyertaan.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP