CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Thursday, 14 April 2016

Apakah itu STROK HABA?


Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).

Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.

Pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.

Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.

Simptom-simptom STROK HABA adalah seperti sakit kepala berdenyut, mual, denyutan nadi pantas, kurang berpeluh dalam cuaca panas, otot lemah, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan, dan mudah pitam.

Pencegahan yang boleh dibuat
Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah mengelakkan diri dari kurang air atau dehidrasi. Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap.

Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air.

Air kelapa muda mengandungi elektrolit yang boleh membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat proses dehidrasi ekoran cuaca panas. Selain itu air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek yang mampu mengawal tekanan darah, merendahkan kekejangan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas. Untuk lagi bagus, elak daripada mengambil air kelapa yang dicampur dengan gula. Beli sebiji kelapa muda yang belum dipotong dan minum airnya yang segar

Di samping meminum air kelapa muda, meminum air buah-buahan juga adalah antara tindakan yang baik untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari. Air buah-buahan mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potassium dan fruktosa (gula semula jadi buah) yang berperanan sebagai bekalan tenaga dalam badan.

Info:- Badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair sekiranya anda telah berpeluh dengan banyak di cuaca panas.
Berehat secara kerap untuk memastikan anda dapat menambah cecair badan dengan air kosong dan pengambilan minuman isotonik.

Walaupun kedengaran remeh, tetapi anda disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan.

Ingat! Jangan sekali-kali anda tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci di cuaca yang panas.

http://rapi.karangkraf.com/

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP