CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Wednesday, 17 October 2018

Video Akademi Bola Sepak SKPT

Read more...

Skuad B11 SK Padang Terap mendapat tempat Ketiga MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP Peringkat Kebangsaan 2018

Skuad B11 SK Padang Terap mendapat tempat Ketiga MAHKOTA FOOTBALL CHAMPIONSHIP Sekolah-sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di SK Mahkota Sari, Gerik, Perak. Kejohanan berlangsung pada 7 - 9 Oktober 2018 ini disertai oleh 15 buah sekolah dari Seluruh Malaysia. Antara sekolah-sekolah yang bertanding ialah :-
1. SK Mahkota Sari (Perak)
2. SK Jalan Pegoh (Perak)
3. SK Slim River (Perak)
4. SK Seri Kinta (Perak)
5. SK Taman Uda (Kedah)
6. SK Padang Terap (Kedah)
7. SK Bandar Puteri Jaya (Kedah)
8. SK Sena (Perlis)
9. SK Paya (Perlis)
10. SK Seri Tunjong (Perlis)
11. SK Sungai Dua (P. Pinang)
12. SK Bukit Rahman Putera (Selangor)
13. SK Seri Selangor (Selangor)
14. SK Sabak Uni (Johor)
15. SK Sultan Ismail 1 (Kelantan)

SK Padang Terap berjaya mengungguli kumpulan dengan 2 kemenangan dan 1 seri diperingkat kumpulan. Dengan mengumpul 7 mata SKPT layak ke peringkat suku akhir menentang SK Bukit Rahman Putera (Selangor) dan berjaya menundukkan SK Bukut Rahman Putera dengan jaringan 1-0.
Di peringkat Separuh akhir SKPT bertemu SK Bandar Puteri Jaya (kedah). SKPT ketinggalan 1-0 pada babak pertama dan cuba bangkit pada babak kedua dengan memberi tekanan dan asakan kepada pasukan SKBPJ namun gagal mendapatkan gol yang dicari-cari. Penentuan tempat ketiga SKPT menang dengan dengan SK Sabak Uni, Johor (3-0 menang percuma).

Keputusan semua perlawanan SKPT :

Peringkat Kumpulan :
SKPT 4 - 2 SK Seri Selangor (Selangor)
SKPT 2 - 1 SK Jalan Pegoh (Perak)
SKPT 1 - 1 SK Mahkota Sari (Perak)
Johan Group A : Mengumpul 7 Mata

Suku Akhir :
SKPT 1 - 0 SK Bukit Rahman Putra (Selangor)

Separuh Akhir :
SKPT 0 - 1 SK Bandar Puteri Jaya (Kedah)

Penentuan 3/4 :
SKPT 3 - 0 SK Sabak Uni (Johor)
(Menang percuma)

Tahniah buat semua pemain Skuad B11 SK Padang Terap dan terima kasih buat semua jurulatih yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada para pemain. Terima kasih juga buat Paksu Norman, Presiden KN Kiara Football Club atas sokongan dan sumbangan kepada Skuad B11 SKPT.
Dan terima kasih buat semua guru-guru dan PIBG serta para waris yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan skud B11 SKPT.
Pencapai tempat KETIGA peringkat kebangsaan ini adalah antara pencapaian terbaik sepanjang penubuhan Akademi Bola Sepak SKPT.



Read more...

Sunday, 23 September 2018

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan KPM-YBR Peringkat Negeri Kedah 2018.

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH 1MURID 1SUKAN KPM-YBR PERINGKAT NEGERI KEDAH 2018.
Tarikh : 21 & 22 Sept 2018
Tempat: SK Padang Terap

Johan : SK Seri Jerai (KMY)
N.Johan: SK Taman Ria (KBB)
Ketiga : SK Anak anak Angkatan Tentera (KP)
Keempat: SK Bandar Puteri Jaya (KMY)

Tahniah kepada Pemenang dan semua pasukan yang bertanding. Terima kasih buat buat semua Urusetia, Guru SKPT dan semua pihak yang terlibat dalam mengelolakan dan melancarkan perjalanan program peringkat Negeri Kedah 2018.
Untuk muatturunkeputusan penuh Sila Klik ke

Read more...

Saturday, 15 September 2018

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan KPM / Yayasan Bank Rakyat 2018

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan KPM / Yayasan Bank Rakyat peringkat Negeri Kedah 2018 akan berlansung pada 21 & 22 September 2018, bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Terap, Kedah.

Read more...

Friday, 17 August 2018

Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah 1M 1S KPM / Yayasan Bank Rakyat peringkat Daerah Padang Terap 2018

Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah 1 Murid 1 Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia / Yayasan Bank Rakyat peringkat Daerah Padang Terap 2018 akan diadakan pada 17 & 18 Ogos 2018 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Padang SK Padang Terap.

Untuk muat turun jadual perlawanan sila klik ke :-

Read more...

Sunday, 5 August 2018

Tahniah buat Pasukan SK Padang Terap kerana muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11

Tahniah buat Pasukan SK Padang Terap (KN KIara FC) kerana muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 "KN Kiara Friendship Cup 2018" (School Based). SK Padang Terap tewas tipis 1-2 kepada SK Iskandar pada perlawanan akhir

Peringkat Kumpulan :-
SKPT 0 - 3 SK Kubur Panjang
SKPT 4 - 0 SK Kuala Kupang
SKPT 4 - 0 SK Sri Gunung
SKPT 1 - 0 SK Bandar Puteri Jaya

Separuh Akhir :-
SKPT 3 - 1 SK Seri Pantai

Akhir :-
SKPT 1 - 2 SK Iskandar

Kejohanan kali ini disertai oleh sepuluh buah pasukan sekolah dari 6 buah daerah dalam Negeri Kedah dan 1 pasukan dari Perlis :-
1. SK Padang Terap (P.Terap)
2. SK Bandar Putri Jaya (Sg. Petani)
3. SK Kubur Panjang (Pendang)
4. SK Air Merah (Kulim)
5. SK Sri Gunung (A.Star)
6. SK Buluh Lima (Kota Sarang Semut)
7. SK Iskandar (Alor Setar)
8. SK Seri Pantai (Kuala Kedah)
9. SK Kupang (Baling)
10. SK Felda Mata Air (Perlis)
 Pasukan SK Padang Terap & SK Seri Pantai sebelum perlawanan separuh akhir 2

Pasukan SK Bandar Putri Jaya & SK Iskandar sebelum perlawanan separuh akhir 1
Pasukan SK Padang Terap & SK Iskandar sebelum perlawanan akhir

Terima Kasih buat pasukan sekolah yang sudi bertandang ke SK padang Terap bagi menyertai kejohanan ini. Tahniah buat SK Iskandar kerana muncul Johan pada kali ini.

Terima Kasih buat guru-guru SKPT dan Terima Kasih buat semua Waris atas Sokongan yang kuat dan sumbangan terhadap pasukan bola sepak SKPT.




Read more...

Sunday, 29 July 2018

Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Padang Terap kali ke-3.

Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Padang Terap kali ke-3 telah diadakan pada 19 - 21 Julai 2018 bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Padang Terap. Seramai 4 orang murid BSMM SK PAdang Terap turut terlibat dalam perkhemahan tersebut.
Pn. Yuslina bersama 4 orang Ahli BSMM SKPT yang terlibat

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP