CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Wednesday, 11 September 2019

Pertandingan Bola Sepak PASCA UPSR Peringkat Negeri Kedah sempena Karnival Keusahawanan SKPT 2019

1. PENDAHULUAN.
Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap akan mengadakan Karnival  Keusahawanan peringkat sekolah bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa, pelajar, pihak komuniti setempat dan pihak sekolah. Melalui program ini murid-murid yang berkebolehan dan ingin mencuba pengalaman baru dapat mengambil bahagian dalam akitviti-aktiviti yang disediakan malah mereka berpeluang didedahkan dengan aspek-aspek pentadbiran dan pengelolaan sesebuah organisasi.

Sehubungan itu pihak sekolah SK padang Terap dan KN Kiara FC menganjurkan Pertandingan Bola Sepak PASCA UPSR 2019 antara Sekolah Peringkat Negeri Kedah 2019. Pertandingan merupakan salah satu  aktiviti pada Karnival Keusahawanan tersebut, di mana aktiviti bola sepak seperti ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing dan semangat bekerjasama disamping itu juga dapat menonjolkan bakat murid serta membina sahsiah mereka. 

Pertandingan ini juga bertujuan memberi peluang murid tahun 6  yang merupakan lepasan UPSR 2019 untuk bergiat aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Murid yang cemerlang ialah mereka yang aktif dalam kurikulum dan ko-kurikulum. 


2. OBJEKTIF
2.1 Memberi peluang kepada Murid tahun 6 (lepasan UPSR) tahun untuk mewakili sekolah seterusnya melibatkan diri dalam sukan.
2.2 Membentuk semangat kerjasama dan hubungan baik diantara sesama murid guru.
2.3 Untuk melahirkan murid yang berdaya saing & bersahsiah tinggi sebagai persedian ke alam sekolah menengah padan tahun hadapan.
2.4 memupuk minat murid bagi menceburi dalam bidang sukan dan kokurikulum di sekolah.
2.5 Melahirkan pelajar yang komited dan bersahsiah

3.   KUMPULAN SASARAN  & PENYERTAAN.
3.1 Murid tahun 6 lepasan UPSR 2019
3.2 Sasaran sebanyak 16 buah pasukan dalam Negeri Kedah.
3.3 Yuran Pendaftaran untuk 1 sekolah adalah RM180.00
Setiap penyertaan akan diberi KUPON RM60.00 dan CABUTAN BERTUAH

4.   TARIKH PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 10 Oktober 2019 (Khamis)
4.2  Masa :  8.00 pg – 5.00 ptg

5.   TEMPAT
5.1 Tempat : Padang  SK Padang Terap

6.   FORMAT SYARAT PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan melibatkan murid TAHUN 6 (BERUMUR 12 TAHUN) yeng telah menduduki peperiksaan UPSR 2019. Pertandingan dibuka kepada sekolah sekolah rendah dalam negeri kedah sahaja. Setiap Pemain dalam pasukan mesti WAJIB dari Sekolah yang sama.
6.2 Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan yang terdiri dari 4 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 4 buah pasukan. Pasukan yang mengumpul jumlah kutipan mata terbanyak akan dikira Johan & Johan Kumpulan.
6.3 Johan & Naib Johan kumpulan akan layak ke Suku Akhir.
6.3 Setiap Pasukan mesti didaftarkan atas nama sekolah dan semua pemain mesti berumur 12 tahun (Murid Tahun 6 lepasan UPSR 2019), dan setiap pemain mesti dari SEKOLAH yang sama sahaja.
6.4 Bilangan pemain beraksi ialah 7 orang dan 5 orang simpanan serta 3 Orang Pegawai Pasukan.
6.5 Masa bagi semua perlawanan adalah 15 minit secara terus
6.6 Hadiah kejohanan adalah seperti berikut :-
JOHAN : Piala Iringan, Piala Pusingan, Wang Tunai RM250, Medal &  Sijil Pencapaian
NAIB JOHAN : Wang Tunai RM150, Medal & Sijil Pencapaian
KETIGA & KEEMPAT : Medal + Sijil Pencapaian
PENYERTAAN : Sijil Penyertaan

MUAT TURUN

Read more...

Sunday, 1 September 2019

Skuad B11 SKPT Mendapat Tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1M 1S KPM-YBR Peringkat Daerah Padang Terap 2019

Skuad B11 SKPT Mendapat Tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 1Murid 1Sukan KPM-Yayasan Bank Rakyat Peringkat Daerah Padang Terap 2019. Pasukan SKPT tewas melalui sepakan penalti 4-3 setelah seri 2-2 dengan SKTARP pada peringkat separuh akhir.

Keputusan Perlawanan :
Pusingan Pertama :
SKPT 6 - 0 SK Tandop Besar
SKPT 2 - 1 SK Perik
SKPT 1 - 4 SKTARP

Pusingan Kedua :
SKPT 3 - 0 SK Panglima Awang
SKPT 1 - 0 SK Tualak

Separuh Akhir :
SKPT 2 - 2 SKTARP
(SKPT tewas penalti 3-4)


Read more...

Kedah Scout Day Out & Sambutan Hari Pengakap 2019 Peringkat Kebangsaan (Zon Utara)

Kedah Scout Day Out & Sambutan Hari Pengakap 2019 Peringkat Kebangsaan (Zon Utara) telah diadakan pada 2 & 3 Ogos 2019, bertempat di Central Square, Sg Petani Kedah. Pengakap SK Padang Terap talah menghantar 20 ahli dan 3 orang guru pengiring ke program tersebut.

Read more...

Sunday, 4 August 2019

TS25 SKPT : Proses Kemenjadian Murid Dalam Sukan



Read more...

Thursday, 1 August 2019

Pertandingan Bola Sepak & Bola jaring 1Murid 1Sukan Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2019

Pertandingan Bola Sepak & Bola jaring 1Murid 1Sukan Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2019 diadakan pada 31 Julai 2019 (Rabu). Pertandingan ini melibatkan semua Murid Tahun 4 & 5.

KEPUTUSAN BOLA SEPAK
Kategori Tahun 4
Johan : Kedah Jr (4S)
Naib Johan : Malaysia Jr (4K)

Kategori Tahun 5
Johan : Helang Hitam (5K)
Naib Johan : Helang Merah (5P)

Johan Keseluruhan : Helang Hitam (5K)
Naib Johan Keseluruhan : Helang Merah (5P)

 Pasukan Helang Hitam (5K) muncul Johan Kategori Tahun 5 dan Johan Keseluruhan Bola Sepak Antara Kelas 2019

  Pasukan Helang Merah (5P) muncul Naib Johan Keseluruhan Bola Sepak Antara Kelas 2019


  Pasukan Kedah Jr (4s) muncul Johan Kategori Tahun 4 Bola Sepak Antara Kelas 2019




Read more...

SKPT mendapat tempat Ketiga Scrabble Peringkat Daerah Padang Terap 2019

SKPT mendapat tempat Ketiga Scrabble Peringkat Daerah Padang Terap 2019 yang diadakan pada 18 Jun 2019 bertempat di SMK Kuala Nerang

Read more...

Mohammad Afif Haykal tempat ketiga Sahibba Peringkat Daerah 2019

Mohammad Afif Haykal tempat ketiga dalam pertandingan Sahihha Peringkat Daerah Padang Terap sempena Karnival DBP 2019. Pertandingan peringkat daerah di adakan pada 14 15 Jun 2019 bertempat di SMK Kuala Nerang. Afif Haikal akan mewakili Daerah Padang Terap ke Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 14 Julai 2019 di SMK Khai Johari, Sg Petani Kedah. Turut sama menyertai peringkat daerah ialah Harith Shoid dan Khairil Muhaimeen


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP