CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Saturday, 1 December 2018

Kejohanan Bola Sepak B10, Program Pembangunan Bola Sepak MSSD Padang Terap 2018

Pasukan Bola Sepak SKPtT mendapat tempat Ketiga di Kejohanan Bola Sepak B10, Program Pembangunan Bola Sepak MSSD Padang Terap 2018. Pasukan Bola Sepak SKPT berjaya menjuarai kumpulan B, tetapi kandas peringkat Separuh Akhir kepada SK Tunku Abdul Rahman Putra.

Keputusan peringkat kumpulan :
SKPT 6 - 0 SKPA
SKPT 1 - 1SKLM 

Separuh Akhir :
SKPT 0 - 2 SKTARP

Read more...

Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Piala Tuan Haji Nazri 2018

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 tahun Piala Tuan Haji Nazri 2018 dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak SK Sg Layar, Unit Sukan PPD KMY & AT NFDP KMY. Kejohanan diadakan pada 12 November 2018 bertempat di SK Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

Pasukan B11 SKPT berjaya layak ke peringkat pusinagn ke-2 setelah mencatat 1 Kemenangan dan 1 Seri di peringkat kumpulan. Pasukan B11 SKPT terkandas di peringkat pusingan ke-2 setelah tewas 0-2 kepada Kuala Muda Junior.

Keputusan Peringkat Kumpulan :
SKPT 1- 0 SKBPJ (A)
SKPT 1 - 1 SK Teloi Timur 

Pusingan Ke 2 :
SKPT 0 - 2 Kuala Muda Jr

Read more...

Kejohanan Bola Sepak "Eat Right To Play Right Youth Cup 2018"

Pasukan B11 SKPT telah menyertai Kejohanan Bola Sepak "Eat Right To Play Right Youth Cup 2018" bagi kategori Bawah 12 Tahun. Kejohanan berlangsung pada 15 Sept 2018 bertempat di ILP Jitra, Kedah.
Pasukan B11 SKPT terkandas di peringkat Kumpulan, setelah mencatat 1 Kemenangan 1 Seri dan 2 Kekalahan.


Read more...

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tahun 2018

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tahun 2018 diadakan pada 13 Oktober 2018 (Sabtu). Semua guru & Staf serta murid-murid SKPT terlibat dalam program ini. Majlis pelancaran dissempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKPT En. Mohamad Rosli bin Abdul Rahman.


Read more...

Sunday, 28 October 2018

Hari Keluarga "Eat Right to Play Right" Komuniti SK Padang Terap 2018

HARI KELUARGA “EAT RIGHT TO PLAY RIGHT” ONE GOAL & ZURICH
KOMUNITI SK PADANG TERAP 2018

Tarikh : 27 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pg –12.30 tgh

Aktiviti Hari Keluarga ERTPR SK Padang terap ini memberi peluang kepada kanak-kanak program ERTPR untuk menjemput ahli keluarga mereka menyertai sesi latihan Nutrisi & Latihan bola sepak. Mereka akan belajar tentang amalan pemakanan yang sihat melalui bola sepak. Hari Keluarga juga memberi peluang kepada kanak-kanak dalam program ertpr untuk berkongsi pengajaran daripada program “Eat Right to Play Right” dengan ahli keluarga mereka.

AKTIVITI
- Bengkel Nutrisi
- Memanaskan Badan & Senamrobik
- Latihan Nutrisi & Latihan Bola Sepak
- Pertandingan Bola Sepak (Murid)
- Sepak Penalti (Waris Lelaki)
- Menjaring Bola Jaring (Waris Perempuan)

ATURCARA
8.00 pg : Pendaftaran Pemain, Waris & Guru
8.15 pg : Taklimat & Bengkel Nutrisi
8.45 pg : Memanaskan Badan & Senamrobik 
9.15 pg : Latihan Nutrisi 
9.45 pg : Pertandingan Bola Sepak B12 / B11 / B10
             : Pertandingan Sepak Penalti (Waris & Guru)
             : Pertandingan Bola Jaring (Guru & Waris Perempuan)
12.00 tgh : Majlis Penutup & Penyampaian hadiah
12.30 tgh : Jamuan makan dan bersurai

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua pemain, ibu bapa & waris serta guru-guru SKPT kerana sudi hadir memeriahkan program ini. Tahniah kepada yang menang, insyaAllah kalau ada rezeki tahun depan kita buat lagi.

#eatrighttoplayright
#familydayeatrighttoplayright
#akademibolasepakskpt
#knkiarafc
#onegoalmalaysia

Read more...

Sunday, 21 October 2018

Majlis Penganugerahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah 2018

Seramai 10 orang ahli pengakap SKPT & 2 orang guru terlibat dalam Anugerah Rambu Pengakap yang diadakan pada 17 Oktober 2018 lalu di BTPN Kedah. Tahniah buat semua murid dan guru yang terlibat.
 

Read more...

Skuad Bola Jaring Muncul Johan Pertandingan Bola Jaring Karnival Tahun 6 Peringkat Daerah Padang Terap 2018

Tahniah buat Pasukan Bola Jaring Tahun 6 SK Padang Terap muncul Johan Pertandingan Bola Jaring Karnival Sukan Tahun 6. Pasukan Bola Jring SKPT berjaya menundukkan SK Datin Fatimah pada perlawanan akhir dengan jaringan 4-3.

Manakala Skuad Bola Sepak Tahun 6 muncul Naib Johan Pertandingan Bola Sepak Karnival Sukan Tahun 6 Peringkat Daerah Padang Terap 2018. SK Panglima Awang muncul Johan setelah mengumpul 12 Mata.

Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Karnival Tahun 6 ini kali ini diadakan pada 14 Oktober 2018 (Ahad) bertempat di SK Padang Terap. Karnival Tahun 6 ini dianjurkan oleh pihak PPD Padang Terap dan dikelolakan oleh SK Padang Terap & KN Kiara Football Club.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP