CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Thursday, 26 July 2018

Perkhemahan Pengakap Kanak-kanak Kebangsaan Zon Utara dan Korobori Pengakap Negeri Kedah 2018

Seramai 17 ahli Pengakap SK Padang Terap telah menyertai Perkhemahan Pengakap Kanak-kanak Kebangsaan Zon Utara dan Korobori Pengakap Negeri Kedah 2018. Perkhemahan diadakan Kem Paya Pahlawan Jitra, Kedah pada 26 - 29 Julai 2018.

Read more...

5 Pemain Bola Sepak SKPT mewakili Daerah ke MSSK 2018

Tahniah buat 5 orang pemain bola sepak SKPT kerana terpilih untuk mewakili daerah padang Terap ke Kejohanan Bola Sepak MSSK 2018 di Daerah Kulim Bandar Baru pada 5 - 7 Julai 2018 yang lalu.

Nama Pemain SKPT yang mewakili daerah ke MSSK 2018 :-
1. Azriel Zikri bin Aziyusnizam
2. Izzul Uzair bin Hanafi
3. Ku Mohammad Fikrul bin Ku Nahar
4. Muhamad Adib Haikal
5. Muhammad Syakir bin Mohd Zaidi

Read more...

Sunday, 22 July 2018

Pesta Bola Sepak & Pemakanan Sihat ONE GOAL & ZURICH

PESTA BOLA SEPAK & PEMAKANAN SIHAT
"PLAY RIGHT EAT RIGHT" ZON UTARA

Dirasmikan oleh :
DATO' JOHARI BIN ABDUL
Ahli Parlimen Sg Petani.

14 JULAI 2018 (SABTU)
PADANG SK BDR PUTERI JAYA
SG PETANI, KEDAH.

Pelbagai aktiviti di sediakan :
1. Pertandingan bola sepak bwh 8,10 &12
2. Bengkel pemakanan sihat.
3. Permeriksaan kesihatan

SKPT menghantar 1 pasukan B11 & 1 pasukan B10. SKUAD B10 SKPT Menang 2 kali, seri 2 kali & tewas 1 kali = mengumpul 8 mata. Tetapi gagal ke semi final kerana kekurangan jaringan setelah berkongsi jumlah mata dengan SK Tiak.

SKUAD B10 SKPT :-
SKPT 1 - 0 RED LION
SKPT 0 - 0 SK TIAK
SKPT 0 - 4 SKBPJ
SKPT 2 - 0 SK PULAI
SKPT 1 - 1 SBI FC

SKUAD B11 SKPT 
Menang 2 kali & tewas 4 kali = 3 Mata
 #EatRightToPlayRight
#OneGoalMalaysia
#Zurich

Read more...

Tuesday, 17 July 2018

Senarai Tugas Kokurikulum Guru Baru

Selamat Datang buat Ustaz Najib, Ustaz Abdullah Sani & Cikgu Fadil ke Sekolah Kebangsaan Padang Terap.

SENARAI TUGAS KOKURIKULUM :-

1. Ustaz Mohamad najib bin Abdul Rahman
Badan Beruniform : Pengakap
Kelab Persatuan : Pendidikan Islam
Sukan Permainan : Bola Sepak
Rumah Sukan : Hijau

2. Ahmad Fadill bin Mohd Said
Badan Beruniform : TKRS
Kelab Persatuan : Bahasa Inggeris
Sukan Permainan : Balapan dan Padang
Rumah Sukan : Kuning

3. Ustaz Abdullah Sani bin Awang
Badan Beruniform : Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Kelab Persatuan : Bahasa Arab
Sukan Permainan : Bola Baling
Rumah Sukan : Merah

Read more...

Sunday, 10 June 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan guru & Staf SKPT, Murid-murid, Para Waris dan muslimin dan muslimat semua.

Kata Al-Ghazali :  
yang jauh itu WAKTU, 
yang dekat itu MATI,  
yang besar itu NAFSU,  
yang berat itu AMANAH,  
yang mudah itu BERBUAT DOSA,  
yang panjang itu AMAL SOLEH,  
yang indah itu SALING MEMAAFKAN 

”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Read more...

Sunday, 13 May 2018

Panduan Mendaftar Ahli Badan Beruniform, Kelab Persatuan & Permainan dalam Sistem PAJSK

Pendaftaran PAJSK dibuka sehingga 31 MEI 2018. Kegagalan mendaftar PAJSK ini akan menyebabkan anak-anak murid tidak boleh diisi markah untuk bulan Ogos nanti. Harap semua guru pembimbing Badang Beruniform, Kelab Persatuan & Sukan Permainan dapat bertindak dengan segera bagi menyelesaikan proses pendaftaran ini. Masa masih ada 16 hari untuk Pendaftaran, harap semua tidak menunggu ke saat-sat akhir untuk pengisian Pendaftaran PAJSK.

Senarai nama Ahli Badan Beruniform / Kelab Persatuan & Sukan Permainan boleh rujuk Buku Pelaporan Aktiviti Kokurikulum masing-masing.

Manakala bagi pengisian SEGAK masih dibuka sehingga 30 JUN 2018.

LANGKAH 1 ;
Buka laman web PAJSK. Sila klik ke https://pajsk.moe.gov.my

Masukan ID Kod Sekolah dan Kata Laluan 
(KBA7009 / KBA700)

 LANGKAH 2 ;
Klik pada DAFTAR AKTIVITI


 LANGKAH 3 ;
Sila pilih Tahun (Tahun 4, 5 & 6) & Pilih Kelas (Setia, Kasih & Patuh)

  LANGKAH 4 ;
Pilih murid dan klik pada Badan Beruniform @ Kelab Persatuan @ Sukan Permainan

 LANGKAH 5 ;
Pilih Badan Beruniform @ Kelab Persatuan @ Sukan Permainan masing-masing dan klik simpan

Sila Ulang Langkah 4 untuk murid seterusnya

Selamat Mendaftar PAJSK dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. 
Sekian, Terima Kasih

Read more...

Thursday, 10 May 2018

Pasukan Lompat Tali Kelab Doktor Muda berjaya ke Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri Kedah.

Pasukan Lompat Tali Kelab Doktor Muda berjaya ke Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri Kedah pada hari Isnin 7 April 2018 lalu. Tahniah buat pasukan Lompat Tali Kelab Doktor Muda SKPT.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP