CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Sunday, 20 August 2017

Jambori Pengakap Negeri Kedah kali ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa 2017


Seramai 2 orang Guru Pemimpin dan 5 orang murid SKPT terlibat dalam Jambori Pengakap Negeri Kedah kali ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa 2017. Jambori tahun ini diadakan pada 9 - 12 Ogos 2017 bertempat di Kolej Pertanian Malaysia, kampus Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah. 

Read more...

Pasukan Prasekolah SKPT muncul tempat ke-3 Kejohanan Fun Ball Prasekolah Daerah Padang Terap 2017

Tahniah buat Pasukan Prasekolah SKPT muncul tempat ke-3 Kejohanan Fun Ball Prasekolah Daerah Padang Terap 2017. Kejohanan tahun ini diadakan pada 7 & 8 Ogos 2017 bertempat di Dewan Futsal Felda Lubuk Merbau. Tahniah dan terima kasih buat Coach Hebat Kak Pah dan Team Prasekolah SKPT.

Read more...

Tuesday, 1 August 2017

Penubuhan Akademi Bola Sepak SKPT

Syukur Alhamdulillah, hasil perbincangan dengan Pak Su Norman JKKK Kampung Padang Nyior dengan Pihak SK Padang Terap pada 30 Julai 2017 lalu, kedua pihak bersetuju untuk menubuhkan Akademi Bola Sepak SKPT. 

Program Latihan Akademi Bola Sepak Bawah SKPT ini bermula pada Bulan Ogos 2017. Sesi latihan akan diadakan pada setiap minggu pada hari Jumaat & Sabtu. Masa latihan adalah pada pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Sasaran adalah seramai 25 orang murid terpilih dari murid tahun 2 - tahun 5 2017 SKPT. Pihak JKKK akan menyediakan barisan jurulatih dan menyediakan segala keperluan Akademi Bola Sepak SKPT ini, manakala pihak sekolah menyediakan tempat dan pemilihan pemain berbakat.

Pihak JKKK Kg. Padang Nyior telah bersetuju untuk memberikan peruntukan permulaan sebanyak RM5000 bagi aktiviti dan pengurusan akademi bagi sesi 2017 ini.

Objektif utama Akademi Bola Sepak ini adalah untuk melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan bagi mewakili Sekolah Kebangsaan padang Terap dan seterusnya keperingkat yang lebih seterusnya menjadikan Sekolah Kebangsaan Padang Terap sebuah sekolah yang terbaik dalam Daerah Padang Terap yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti. 

Sehubungan itu Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap dan JKKK Kampung Padang Nyior berkerjasama mencari inisiatif bagi mewujudkan Akademi Bola Sepak SKPT. Diharap semua pihak dapat bersama-sama menjayakan program ini agar program ini dapat dilaksanakan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.



Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan JKKK Kg Padang Nyior khususnya kepada Pak Su Norman dalam usaha mewujudkan Akademi Bola Sepak SKPT ini.

Read more...

Thursday, 29 June 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Guru & Staf Sekolah Kebangsaan Padang Terap mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga berbahagia disamping keluarga tersayang dihari lebaran.

Read more...

Wednesday, 24 May 2017

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2017 telah diadakan pada 16 Mei 2017 (Selasa).  Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin & Tahlil seawal jam 7.45 pagi.

Terima kasih kepada semua Guru dan seluruh Warga SKPT atas kerjasama dalam menjayakan Sambutan Perayaan Hari Guru 2017. Selamat hari Guru.... "Guru Pembina Negara Bangsa"

 
 




Read more...

Monday, 22 May 2017

Kem Ujian Rambu dan Lencana Pengakap Kanak-Kanak Daerah Padang Terap


Kem Ujian Rambu dan Lencana Pengakap Kanak-Kanak Daerah Padang Terap telah diadakan pada :-
Tarikh : 11 - 13 Mei 2017
Hari : Khamis - Sabtu
Tempat : Pusat Ko Kurikulum Daerah Padang Terap.

Tahniah dan terima kasih buat semua murid yang terlibat serta guru-guru pengakap SKPT.





Read more...

Pasukan Bola Jaring SKPT berjaya melangkah ke Suku Akhir Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap 2017


Pasukan Bola Jaring SKPT berjaya melangkah ke Suku Akhir Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan tahun ini diadakan pada 2 & 3 Mei 2017 bertempat di SMK Naka.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP