CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019
Wednesday, 8 July 2026
Thursday, 2 May 2024
SKPT muncul Naib Johan Keseluruhan Merentas Desa
SKPT muncul Naib Johan Keseluruhan Merentas Desa Sekolah Rendah dan JOHAN bagi kategori PPKI yang diadakan pada 30 April bertempat di SK Kampong Belukar. Seramai 10 orang murid dari aliran perdana dan 10 orang murid dari aliran PPKI telah menyertai kejohanan tersebut.
Labels:
Merentas Desa,
MSSD,
MSSD 2024
Tuesday, 5 July 2022
SK Padang Terap Juara Keseluruhan Olahraga MSSD Padang Terap Tahun 2022
SK Padang Terap muncul Juara Keseluruhan Olahraga MSSD Padang Terap Tahun 2022, sekaligus berjaya mengekalkan kejuaraan Olahraga Tahun 2020 yang lalu. SK Padang Terap berjaya mengumpulkan 11 Pingat Emas & 2 Pingat Perak.
Atlit Sk Padang Terap juga telah berjaya memecah tiga rekod MSSDPT melalui Acara 100 Meter (Kelas 4P), Lontar Peluru (Kelas 4P) & Lontar Peluru (Kelas 4L). Muhammad Mukhriz bin Mohammad Ridzuan telah dinobatkan sebagai Atlit Terbaik Kategori Lelaki bawah 12 setelah berjaya mengumpul 3 pingat emas peribadi melalui Acara 100M, 200M & 4x100M (kelas 3L).
Sekalung penghargaan dan tahniah buat seluruh Pengurusan, Jurulatih & Atlit Olahraga SKPT 2022.
Labels:
Kejohanan Olahraga,
MSSD,
MSSD 2022,
Olahraga
Tuesday, 27 April 2021
SKPT mencatat sejarah Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020
Kontijen Olahraga SKPT mencatat sejarah Muncul Johan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 9 - 11 Februari 2020 lalu bertempat di Stadium Darulaman. Kontijen Olahraga SKPT berjaya mengumpul 6 Pingat Emat, 4 Pingat Perak & 2 Pingat Gangsa.
Atlit SKPT Qaseh Damia bt Mahmad Shukri telah dinobatkan sebagai Olahragawati (Kategori Perempuan B12) dengan mengumpul 4 Pingat Emas (2 Pingat Emas Individu & 2 Pingat Emas Berpasukan). Manakala Kuatet 4x100M (Kelas 4P) berjaya memecah rekod kejohanan pada kali ini.
Tahniah & Syabas buat Semua Atlit SKPT, barisan jurulatih dan barisan pengurusan Kontijen Olahraga SKPT 2020. Tahniah dan terima kasih juga kepada Para Guru & Staff SKPT serta para waris SKPT yang sentiasa memberi sokongan kepada atlit-atlit SKPT.
Read more...
Labels:
Balapan dan Padang,
Kejohanan Olahraga,
MSSD,
MSSD 2020,
Olahraga
Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-44 Tahun 2020
Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-44 Tahun 2020 telah diadakan pada 5 Mac 2020 (Khamis). Kejohanan dirasmikan oleh Mohamad Zahir bin Zainuddin YDP PIBG SKPT.
Rumah KUNING muncul Johan Keseluruhan pada Kejohanan Olahraga tahun 2020 dengan pungutan 21 Pingat Emas, 14 Perak & 10 Gangsa, manakala Rumah MERAH selaku Juara Bertahan 2019 menduduki tempat Ke-2 Keseluruhan tahun 2020.
Olahragawan 2020 ~ Muhammad hazim
Olahragawati 2020 ~ Qaseh Damia bt Mahmad Syukri
Olahragawan Harapan 2020 ~
Olahragawati Harapan 2020 ~
Labels:
Balapan dan Padang,
Kejohanan Olahraga
SKPT Johan Keseluruhan Merentas Desa (B12) MSSD Padang Terap 2020
Pasukan Merentas Desa SKPT Muncul Johan Keseluruhan Merentas Desa (B12) MSSD Padang Terap 2020. Kejohanan kali ini diadakan pada 29 Januari 2020 di SMK Lubok Merbau. Pasukan Merentas Desa SKPT berjaya mengumpul 81 Mata sekaligus berjaya memintas pencabar terdekat SK Tunku Abdul Rahman Putra di tempat ke-2.
Kategori Individu Perempuan (B12) Atlit SKPT berjaya mendapat tempat ke-3, 4 10 ,14 & 16, manakala bagi kategori Individu Lelaki (B12) Atlit SKPT berjaya mendapat tempat ke-3, 13, 17, 21 & 41.
Tahniah buat semua Atlit SKPT dan Jurulatih Merentas Desa serta pengurusan Kontijen Merentas Desa SKPT 2020
Read more...
Labels:
Merentas Desa,
MSSD,
MSSD 2020
Monday, 13 July 2020
Tuesday, 19 November 2019
Skuad Bola Sepak Bawah 10 SK Padang Terap muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak B10 Peringkat Daerah Padang Terap 2019
Skuad Bola Sepak Bawah 10 SK Padang Terap telah muncul Naib Johan Kejohanan Bola Sepak B10 Peringkat Daerah Padang Terap 2019. Kejohanan di adakan pada 19 November 2019 (Isnin) bertempat di Padang SK Padang Terap.
Pasukan B10 SKPT tewas tipis 1-0 kepada pasukan b10 SK Naka pada perlawanan akhir tersebut.
Peringkat Kumpulan :-
SKPT 4 - 1 SK Pdg Sanai
SKPT 1 - 2 SK Naka
Separuh Akhir
SKPT 2 - 0 SKTARP
Akhir
SKPT 0 - 1 SK Naka
Read more...
Labels:
Bola Sepak,
MSSD 2019
Wednesday, 6 November 2019
'Central Square Scouts' Day Out 2' dan Sambutan Hari Pengakap Malaysia Peringkat Kebangsaan (Zon Utara) 2019
'Central Square Scouts' Day Out 2' dan Sambutan Hari Pengakap Malaysia Peringkat Kebangsaan (Zon Utara) 2019 diadakan pada 2 & 3 Ogos 2019 bertempat di Central Square Sg. Petani. Seramai 23 orang ahli pengakap SK Padang Terap telah menyertai program tersebut.
Labels:
Pengakap
Friday, 18 October 2019
Anugerah Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah 2019
Majlis Anugerah Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah 2019 berlangsung pada 12 Oktober 2019 di Dewan Al Farabi BTPN. Seramai 8 Orang Ahli Pengakap SK Padang Terap telah dianugerahkan Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah.
Read more...
Labels:
Pengakap
Program Kebitaraan Bola Sepak SK Padang Terap
Sukan Bola Sepak adalah acara sukan yang menjadi program kebitaraan sukan Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Program mula dilaksanakan pada Ogos 2017 dengan mewujudkan Akademi Bola Sepak SKPT. Akademi Bola Sepak SKPT ini masih dilaksanakan hingga hari ini, di mana latihan bola sepak secara berterusan dijalankan 2 @ 3 hari seminggu.
Read more...
Labels:
Bola Sepak
Friday, 4 October 2019
Program "FUN RIDE" AMAL Sempena Karnival Keusahawanan SK Padang Terap 2019
Sekolah Kebangsaan Padang Terap dan PIBG SKPT akan mengadakan Program "FUN RIDE" AMAL Sempena Karnival Keusahawanan SK Padang Terap 2019 adakan diadakan pada 10 Oktober 2019 jam 8.30 pagi.
Jarak Kayuhan : 16.6 KM
Pendaftaran : RM15
(Peserta akan diberikan makanan, minuman, Kupon Cabutan Bertuah & Sijil Penyertaan)
Aturcara Program Fun Ride Amal 2019
8.30 pg : Semua peserta berkumpul dalam keadaan bersedia
8.45 pg : Peserta dilepaskan oleh Tuan PPD Padang Terap
10.30 pg : Jamuan Makan
11.00 pg : Cabutan Bertuah & Penyampaian Sijil
Untuk menyertai sila hubungi : Ahmad Fadil 012-4596670
Read more...
Labels:
Fun Ride,
Karnival Keusahawanan
Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR & Sepak Penalti (B12) Peringkat Negeri Kedah 2019
Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR & Sepak Penalti (B12) Peringkat Negeri Kedah sempena Karnival Keusahawan SKPT 2019.
Sebanyak 16 buah sekolah seluruh Negeri Kedah telah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Bola Sepak PASCA UPSR 2019 yang akan di adakan pada 10 Okt 2019 (Khamis).
Labels:
Bola Sepak,
Karnival Keusahawanan
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


































