CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Monday, 27 February 2017

Roslinda Samsu : Atlit Lompat Bergalah Kebangsaan


"Lompat bergalah memang bukan mudah. Ia memerlukan keberanian kerana kita perlu pandai mengawal larian, lompatan, pergerakan badan dengan menggunakan galah dan yang paling penting, tak takut gayat." Itu saranan jaguh bergalah wanita ini kepada mereka yang ingin menceburi bidang yang dianggap baru di kalangan ahli sukan kaum hawa.

Memang Roslinda memang layak berkata-kata begitu kerana beliau juga `kosong’ pada asalnya tetapi berkat kerajinan berlatih, beliau kini menjadi jaguh dalam acara itu.

Dilahirkan pada 9 Jun 1982, gadis berasal dari Kuala Nerang, Kedah ini sebenarnya memulakan kerjaya atlitnya sebagai pelari pecut 100 meter. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Terap pada tahun 1989 hingga 1994.  Beliau menyertai sukan lompat bergalah ketika menuntut di tingkatan empat Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) selepas berpindah dari Jitra walaupun pernah disarankan seorang jurulatih Russia ketika menuntut di tingkatan dua Sekolah Menengah Tunku Anum, Jitra.

Nyata, penghijrahan itu membuahkan hasil apabila Roslinda mencipta kejayaan demi kejayaan baik di arena tempatan mahupun antarabangsa. Penuntut jurusan Pentadbiran Perniagaan Universtiti Putra Malaysia (UPM) ini acap kali mencipta rekod kebangsaan.

Beliau adalah juara bertahan empat kali di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), dan pemenang pingat perak pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar. Dia memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Olahraga 2005 Asia di Incheon, Korea Selatan, tetapi hampir terlepas podium pada Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia. Dia juga dapat mencatat pencapaian terbaik peribadinya iaitu 4.20 meter seterusnya merangkul pingat emas pada Kejohanan Olahraga 2007 Asia di Amman, Jordan.

Roslinda mewakili Malaysia di Sukan Olimpik 2008 di Beijing, selepas mencapai tahap kelayakan 4.30 meter. Beliau bertanding dalam lompat bergalah wanita, satu acara yang jelas dikuasai oleh Rusia Yelena Isinbayeva. Roslinda melepasi palang dalam pusingan awal, dengan jarak terbaik 4,30 meter, mengikat kedudukan beliau dengan Australia Alana Boyd, di tempat kelapan bagi kumpulan itu, dan dalam keenam belas keseluruhan.

Read more...

Saturday, 25 February 2017

Kejohanan Balapan dan Padang SK Padang Terap kali ke-41 Tahun 2017


Kejohanan Balapan dan Padang SK Padang Terap Kali ke-41 Tahun 2017 telah diadakan pada hari Khamis 23 Februari 2017. Kejohanan bermula seawal jam 7.30 pagi dimulai dengan Program Senamrobik bersama MILO. 




Kejohanan Balapan dan Padang kali ini dirasmikan oleh En Anwar YDP PIBG SK Padang Terap. Rumah Kuning Muncul Johan Keseluruhan setelah mengumpul 13 Pingat Emas, 4 Pingat Perak dan 7 Pingat Gangsa. Manakala Rumah Merah mengekori rapat muncul naib johan keseluruhan setelah mengumpul 12 Pingat Emas, 9 Pingat Perak dan 10 Pingat Gangsa.


Mohamad Azfar bin Abdul Kadir telah dinobatkan sebagai Olahragawan SKPT 2017, manakala Nur Fitriah dinobatkan sebagai Olahragawati SKPT 2017. Mohamad Syakir & Qaseh Damia masing dianugerahkan sebagai Olahragawan Harapan & Olahragawati Harapan.



Keputusan Keseluruhan :-
Johan Keseluruhan : Rumah Kuning
Naib Johan Keseluruhan : Rumah Merah
Johan Merentas Desa : Rumah Kuning
Johan Sukantara : Rumah Merah
Johan Perbarisan : Rumah Hijau
Naib Johan Perbarisan : Rumah Biru

Olahragawan : Mohamad Azfar Abdul Kadir
Olahragawati : Nur Fitriah
Olahragawan Harapan : Mohd Syakir Zaidi
Olahragawti Harapan : Qaseh Damia

Read more...

Thursday, 9 February 2017

Pasukan Ping Pong SKPT muncul Naib Johan Berpasukan & Ketiga Individu


Pasukan Ping Pong SKPT muncul Naib Johan Berpasukan & Ketiga Individu di Kejohanan Ping Pong MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan Ping MSSD pada tahun ini diadakan di SMK Pedu pada 6 & 7 Febuari 2017. Pasukan Ping Pong SKPT di bimbing oleh Ustaz Ahmad Sanusi dan Kelab Ping Pong SKPT.

Pasukan Ping Pong SK Padang Terap 2017 di wakili oleh :-
Muhammad Syarif Bin Che Hamdan 
Muhammad Auliya Afif Bin Ahmad Sukri 
Muhammad Akmal Haikal Bin Mohamad Fadzil 
Nur Ammar Aiman Bin Mohammad Zahir 

Muhammad Auliya Afif Bin Ahmad Sukri telah mendapat tempat ketiga bagi kategori Lelaki B12 Individu. 

Read more...

Mohd Nabil Shahabudin mendapat tempat ke-8 di Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2017



Mohd Nabil Shahabudin dari tahun 6 Setia mendapat tempat ke-8 kategori lelaki bawah 12 tahun di Kejohanan Merentas Desa MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan Merentas Desakali ini diadakan di SMK Padang Terap pada 6 Februari 2017. 

Read more...

Thursday, 2 February 2017

Ukuran Padang Bola Sepak, Bola Jaring & Bola Baling



Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP