CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Tuesday, 29 November 2016

Klinik Bola Sepak B12 SKPT 2016

Unit Kokurikulum mengadakan Program Pembangunan Bola Sepak SKPT, iaitu Klinik Bola Sepak B12 SK Padang Terap 2016. Klinik Bola Sepak ini dikendalikan oleh Jurulatih Berpengalaman PLD Daerah Padang Terap iaitu Coach Zool Helmey & Coach Fuad.

Terima Kasih buat Coach Zool Helmey & Coach Fuad kerana sudi berkongsi  & menabur ilmu untuk Skuad Bola Sepak B12 2017 SKPT khususnya dan untuk pembangunan Bola Sepak Daerah Padang Terap.

Klinik Bola Sepak SKPT
Tarikh : 28 November 2016 - 1 Disember 2016
Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 8.15 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Padang SKPT



Read more...

Monday, 7 November 2016

5 Kepentingan Memanaskan Badan


Tahukah anda bahawa pentingnya memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti anda.

Senaman penting untuk kita. Bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah membentuk penampilan diri yang lebih menarik serta memperoleh bentuk tubuh badan yang diidamkan. Skop senaman yang luas juga menjadikan ia bebas buat sesiapa sahaja yang ingin melakukan senaman yang disukai.

Namun, antara perkara penting sebelum anda memulakan apa jua jenis senaman ialah senaman memanaskan badan ataupun ‘warm up’. Diperakui ramai yang memandang enteng senaman ini. Bahkan, ada yang mengabaikan senaman memanaskan badan sebelum melakukannya.

Mungkin salah satu puncanya, senaman ini tidak berkapasiti tinggi dan hanya memakan masa yang sedikit. Namun, dengan meluangkan sedikit masa sebenarnya dapat memberi pelbagai faedah dan kebaikan kepada sesiapa yang mengamalkannya.

Antara kepentingan dan manfaat melakukan sesi senaman memanaskan badan ialah:

1.     Elakkan Kecederaan

Faktor utama kepentingan senaman memanaskan badan ini ialah untuk mengelak diri daripada kecederaan. Tubuh badan kita umpama seperti enjin kenderaan juga, memerlukan masa untuk memanaskan enjinnnya bagi  perjalanan jarak jauh.

Begitu juga pada badan anda. Anda hendaklah memanaskan badan untuk memastikan badan anda dapat bertahan lebih lama dan mengelak kecederaan ringan atau serius seperti kecederaan ACL.

2.     Elakkan Kekejangan Otot

Selain itu, kepentingan utama melakukan senaman memanaskan badan ialah untuk mengelakkan kekejangan otot, terutama pada bahagian kaki dan ‘hamstring’. Senaman pemanas badan penting untuk memberi isyarat kepada badan yang anda akan memulakan senaman.

Senaman memanaskan badan juga membantu membuatkan darah anda mengalir ke otot dengan lebih baik. Kepentingan darah ialah ia akan mengalirkan elektrolit, nutrien dan oksigen di dalam badan kita. Jika kekurangan oksigen dan elektolit pada otot di badan kita akan mengakibatkan kekejangan otot atau ‘hamstring’.

# Pastikan juga anda mengambil air secukupnya sebelum memulakan senaman untuk mengelakkan kekejangan otot.

3.     Membuatkan Anda Lebih Fokus

Mungkin apabila anda sedang bersenam, kadangkala pasti fikiran anda terganggu dek kerana memikirkan permasalahan yang dihadapi. Ini membuatkan anda hilang fokus dan mungkin memberikan kesan yang berbahaya. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang atlet.

Senaman memanaskan badan dapat membuatkan mental anda menjadi lebih tenang sekaligus membantu anda agar sentiasa  fokus dengan kerja yang dilakukan.

4.     Mengawal Kadar Denyutan Jantung

Seperti yang dinyatakan di atas, senaman memanaskan badan penting kerana ia akan memberikan isyarat kepada badan anda untuk bersedia memulakan senaman.

Apabila badan sudah menerima isyarat untuk memulakan senaman, jantung juga akan berada dalam keadaan ‘bersedia’ untuk mengubah kadar denyutan jantung apabila bersenam. Ia akan mengelakkan tekanan jantung yang kuat serta mengakibatkan serangan jantung apabila bersukan.

5.     Meningkatkan Prestasi dan Keupayaan Badan

Jangan terkejut senaman memanaskan badan juga mampu meningkatkan prestasi dan keupayaan badan anda ketika bersukan. Apabila melakukan senaman memanaskan badan, ia dapat membantu pergerakan darah ke seluruh otot pada badan anda.

Apabila darah sudah mengalir di dalam badan anda, ia akan memberikan tenaga kepada badan untuk terus bergerak dan berupaya melakukan senaman yang dilakukan.

Jelas, terdapat banyak manfaat yang bakal anda peroleh apabila mencuri sedikit masa melakukan senaman memanaskan badan. Biar pun sekejap,  namun pelbagai manfaat yang bakal anda peroleh. Jadikan senaman sebagai salah satu gaya hidup sihat  untuk memastikan kesihatan anda kekal terjamin

Read more...

Skuad Bola Sepak SKPT tempat ketiga di Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun MSSD Padang Terap 2016

 

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun MSSD Padang Terap 2016 telah diadakan pada 6 & 7 November 2016 bertempat di SK Kurong Hitam & SK Seri Bakti. 

Diperingakat kumpulan SKPT seri 1-1 dengan SK Kuala Nerang & Seri 0-0 dengan SK Lubuk Merbau dan berjaya layak ke Suku Akhir. Di peringkat suku akhir SKPT berjaya menewaskan SK Kurong Hitam 3-1 setelah kedua pasukan seri 0-0 selepas tambahan masa.

Pasukan Bola Sepak SKPT gagal layak ke perlawanan akhir setelah tewas 3-0 diperingkat separuh akhir kepada SK Tandop besar. Tahniah buat jurulatih & pemain bola sepak B10 kerana berjaya mendapat tempat ketiga Kejohanan Bola Sepak B10 MSSD Padang Terap 2016.





Read more...

Program Memperkasakan Sastera di Sekolah Peringkat DUN Kuala Nerang

 

Program Memperkasakan Sastera di Sekolah Peringkat DUN Kuala Nerang ini telah diadakan pada 2 & 3 November 2016 bertempat di SMK Dato' Syed Ahmad. Program ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan DUN Kuala Nerang.

Nur Arisya Afza binti Dzulkefli dari tahun 3 Kasih telah muncul Pertandingan Bercerita Tahap 1, manakala Muhammad Syahmi Najwan bin Mohamad Najib (5 Setia) telah mendapat tempat Ketiga dalam Pertandingan Deklamasi Sajak.

Tahniah kepada semua murid yang berjaya serta guru-guru pengiring yag terlibat.



Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP