Senarai Tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Jawatankuasa
AA)
SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
1. Mukadimah
Guru
Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar untuk
mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran,
mempertingkatkan prestasi penglibatan dan penyertaan murid serta guru dalam
aktiviti kokurikulum bagi mencapai Wawasan 2020.
2. Bidang
Tugas
·
Menjalankan tugas-tugas Pengetua/Guru Besar semasa
ketiadaan Pengetua/Guru Besar,
Guru
Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Penolong Kanan HEM.
·
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan
Pengetua/Guru Besar.
·
Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di
dalam semua aspek pengurusan
kokurikulum
termasuk sidang petang.
·
Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di
sekolah.
·
Membantu Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek
perancangan dan pengurusan
sekolah
termasuk sidang petang.
3. Senarai
Tugas Kokurikulum
a Persatuan Dan Kelab
·
Merancang kegiatan persatuan dan kelab
·
Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan
dan kelab
·
Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
·
Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di
dalam dan di luar sekolah
b Pasukan Pakaian Seragam
·
Merancang kegiatan pasukan pakaian seragam
·
Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pasukan
pakaian seragam
·
Menyelia kegiatan pasukan pakaian seragam
·
Menyelaras aktiviti-aktiviti pasukan pakaian
seragam di dalam dan di luar sekolah.
c Kelab Sukan Dan Permainan
·
Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan
·
Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab
sukan dan permainan
·
Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan
·
Menyelaras aktiviti-aktiviti kelab sukan dan
permainan di dalam dan di luar sekolah.
Pentadbiran
·
Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan
sebagaimana mengikut Peraturan (4)
dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A)
196 bertarikh 21hb. Mei 1998.
·
Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan
kokurikulum sekolah
·
Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan
kokurikulum
·
Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam
kegiatan kokurikulum telah diambil.
·
Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah
dalam hal kokurikulum.
·
Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran
pihak sekolah dengan mematuhi
Peraturan
(Melancong) Sekolah 1957.
·
Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah
(saperti Hari Kokurikulum Sekolah).
·
Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam
kegiatan kokurikulum serta meningkatkan
tahap
pencapaian.
·
pengurusan alatan sukan sekolah
·
Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan
dan dihantar sesalinan ke Pejabat
Pendidikan
Daerah dan Pejabat Pendidikan Johor..
·
Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid
dalam bidang berhubung dengan
kokurikulum.
·
Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang
berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan
mengadakan
latihan untuk mereka.
·
Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan Skim
Takaful Malaysia Berhad
·
Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid
selepas peperiksaan dan semasa cuti
sekolah.
Tugas-Tugas
Lain
·
Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang
diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar dari
masa ke
semasa.
·
Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain
yang diberikan oleh Pengetua/Guru
Besar
dari masa ke semasa.
B)
CARTA ORGANISASI
·
Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah,
Pengetua/Guru Besar sebagai Penolong
Pendaftar
hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi membantu
beliau memantau, menilai, memperbaiki, mencemerlangkan aktiviti kokurikulum
sekolah.Beberapa perkara perlu diambilkira semasa membentuk organisasi ini agar
ia dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah.
- Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli.
- Kekerapan mengadakan mesyuarat.
- Pembentukan jawatankuasa kecil.
- Pelaporan berkala.
- Dokumentasi
Senarai
Tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
1. Tanggungjawab
Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
·
Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka
Panjang / Pendek).
·
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali
setahun.
·
Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
·
Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
·
Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
·
Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam
kegiatan kokurikulum peringkat
daerah/negeri/kebangsaan.
·
Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual
Kokurikulum.
·
Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah,
Merentas Desa, Hari Kecemerlangan
Kokurikulum
dan kegiatan lain.
·
Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan
tahunan.
·
Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk
elit dilaksanakan di sekolah.
·
Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan
peruntukan kewangan yang akan
digunakan.
·
Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru
dan pelajar yang telah menunjukkan
prestasi
cemerlang dalam bidang masing-masing.
·
Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan
oleh pelajar.
2. Tanggungjawab
Penolong Kanan Kokurikulum
·
Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah
tercapai.
·
Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja
kokurikulum sekolah.
·
Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap
unit gerakerja kokurikulum
·
Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum
berjalan dengan lancar, berterusan dan
berkesan.
·
Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam
perjalanan aktiviti kokurikulum.
·
Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan
perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
·
Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang
dikutip daripada pelajar.
·
Menerima laporan kedudukan stok dan inventori
peralatan kokurikulum.
·
Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada
akhir tahun daripada setiausaha
kokurikulum,
penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit.
·
Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada
pelajar yang mencapai taraf
kecemerlangan
dalam aktiviti kokurikulum.
3. Tanggungjawab
Setiausaha Kokurikulum
·
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
·
Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada
guru-guru, perancangan, pelaksanaan
dan
penilaian pelajar.
·
Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan
aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan
beruniform
dan sukan/permainan.
·
Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam
aktiviti kokurikulum dipatuhi.
·
Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
·
Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan
dikemaskinikan dan mencukupi.
·
Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam
aktiviti kokurikulum dan mengadakan
latihan
dengan mereka.
4. Tanggungjawab
Setiausaha Sukan
·
Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
·
Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai
dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.
·
Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam
olahraga dan permainan.
·
Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
·
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk
aktiviti dan peralatan.
·
Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti
sukan luar sekolah.
·
Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan
sukan sekolah.
·
Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori
peralatan sukan.
·
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan
kemudahan sukan.
·
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit
sukan sekolah dan luar sekolah untuk
edaran,
rujukan dan rekod.
·
Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan
Kokurikulum untuk kepentingan
sukan
sekolah.
·
Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan
sekolah dalam Buku Rekod
Pencapaian
Sukan Sekolah.
·
Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk
meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
5. Tanggungjawab
Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform
·
Mengatur dan menyelia perjalanan
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
·
Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan
mesyuarat.
·
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
·
Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk
pelajar menyertai
persatuan/kelab/pasukan
badan beruniform.
·
Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit
mesyuarat difailkan dengan baik.
·
Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK
diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
·
Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum mengagihkan
kad kokurikulum kepada guru untuk
diedarkan
setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.Mengumpulkan semula daripada guru
tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum.
·
Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk
aktiviti:
- Borang penyertaan persatuan
- Borang senarai AJK dan ahli
- Buku laporan aktiviti
·
Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti
untuk edaran, rujukan dan rekod.
·
Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang
aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.
6. Tanggungjawab
Guru Penasihat / Pemimpin
·
Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan
melantik Ahli Jawatankuasa.
·
Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
·
Memastikan aktiviti selaras dengan objektif
sekolah.
·
Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti
terkandung dalam Perlembagaan.
·
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama
pelajar.
·
Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang
ditetapkan
·
Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan
Pasukan Badan Beruniform/Kelab
Persatuan
dan Sukan/Permainan.
·
Memastikan pengurusan kewangan dan harta
benda/peralatan diurus dengan baik.
·
Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti
disediakan dan difailkan.
·
Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform,
Kelab/Persatuan, Permainan.
·
Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar
serta galakan kepada ahli-ahli.
·
Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di
peringkat sekolah/zon/daerah dalam
lawatan
atau projek yang dijalankan.
·
Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan
pencapaian ahli.
·
Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
·
Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan
dengan unit yang diwakili.
·
Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan
sepenuhnya.
·
Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di
kalangan ahli.
·
Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil
Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum
Sekolah.
·
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan
sesuatu program.
·
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pengetua dari semasa ke semasa.
7. Tanggungjawab
Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan
·
Membentuk jawatankuasa.
·
Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
minat pelajar dalam permainan.
·
Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada
mereka yang pakar.
·
Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan
dipatuhi.
·
Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual
dan takwim kokurikulum sekolah.
·
Menganjurkan perlawanan antara Rumah
Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
·
Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke
pertandingan luar.
·
Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk
ke pertandingan luar sekolah.
·
Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan
pertandingan yang disertai.
·
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan
dan pengurusan.
·
Menyemai semangat kesukanan di kalangan
pelajar.
·
Menentukan peralatan dan kemudahan permainan
sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan
mencukupi untuk digunakan.
·
Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
·
Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil
langkah-langkah untuk mempertingkatkan.
·
Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang
cemerlang(johan daerah/negeri, wakil
daerah/negeri
dan negara)
·
Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh
Jabatan Belia, kebudayaan & Sukan;
Majlis
Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.
Tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa